Movie Review : Ngangkung

Movie Review : Ngangkung

Saiful Naim
0
Movie Review : Ngangkung

Movie Review : Ngangkung | Hi all, semalam i menonton movie terbaru Malaysia yang bertajuk Ngangkung.

Movie Review : Ngangkung



Masa memula tengok poster dah pening pikir cerita hantu ke cerita lawak ke dan yang paling best soalan aku adalah “best ker?”. So Mr Saiful Naim ni bawak la kat screen kecik kat panggung tu. Tngok trailer. Baru tngok trailer dah gelak tak ingat.



Jadinya kami pun proceed nak menonton NGANGKUNG!

Bagi saya Ngangkung memang best, dalam lawak pun ada mesej dan dalammesej ada akibat!


Waktu ni mereka berjumpa Pendeta yang dilakonkan oleh Lan Pet Pet. memang lawak.

Tiga sekawan ni hidup susah, mereka dah berusaha. Cuma Allah beri rezeki tu lambat sikit. Mereka ni dah letih menunggu dan mula mengangkung, iaitu main nombor ekor. Jumpa tok bomoh la, pendeta la, penunggu la. Macam-macam. Memang mereka kaya selepas menang besar dengan nombor ekor mereka. Tetapi banyak pula musibah mereka dapat. Ada hantu mengekori mereka.





Bukan sahaja mesej tentang main nombor ekor yang disampaikan, mesej keguguran anak pun disampaikan juga.

Dalam cerita ni saya suka watak doktor yang dilakonkan oleh Azlee Senario tu. Lawak dan mesej disampaikan sebenarnya serius, tetapi dengan memek muka dia dan segala perkakasan masak yg digunakan, memnag ternyata lawak. hihi.

Lebih baik anda semua menonton filem NGANGKUNG. Saya tidak tipu dan saya tidak akan buat review filem kalau tak best. Jangankan nak review, pergi panggung pun taknak.

Siapa pengarah cerita ni ye? Beliau adalah encik Ismail Bob Hasim. Pelakon filem ni sempoi2 je, memang biasa kita lihat! Tetapi mereka berjaya bawa watak untuk sampai ke tahap filem!
Para pelakon terdiri Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Azad Jasmin, Azlee Jaafar, Eira Syazira, Mazlan Ahmad, Putri Mardiana dan lain-lain.

Dialog dalam cerita ini yang paling penting, memang bersahaja!

Part akhir hantu berdating tu memang cute vs seram!

Rating saya 10/10!

Sinopsis NGANGKUNG

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.

Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Sebuah lagi filem komedi seram terbitan Metrowealth (MIG)

Selamat menonton!
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !