Eye Make Up Remover - RUBY.MY | Best Lifestyle Blog

Eye Make Up Remover

Assalammualaikum and hi,

Hari ni saya nak bercerita sedikit mengenai eye make up remover.. Terdetik hati saya nak berkongsi dan menggalakkan penjimatan dalam poket kita nih.. Hehehe. Selama hari ni eye make up remover ada dijual dipasaran dengan pelbagai jenama.. Terutama produk kecantikan.. Mesti ada je eye make up remover.. Harga pun boleh tahan la kan.. Empat tahun yang lepas pun saya menngunakan eye make up remover dari jenama Avene..

.Avene Gentle Eye Make-Up Remover.


Ternyata produk dari Avene nih bagus.. Tapi.. Mahal.. Hehehe.. So, jom kita menggalakkan penjimatan dengan menggunakan Johnson's Baby Oil.. Hehehe.. Selama beberapa tahun saya menggunakan Johnson's Baby Oil.. memang bagus.. Kulit saya sihat jer.. Sebab ada moisturizer kan.. Terdapat 5 jenis Johnson's Baby Oil tetapi hanya 4 sahaja yang dijual di Malaysia..

.Johnson's Baby Oil.

Kalau korang masih ragu2 untuk menggunakan Johnson's Baby Oil, dekat belakang botol ni pun ada tertera cara penggunaan dan kesesuaian..

 
 .Johnson's Baby Oil - Aloe Vera & Vitamin E.

Saya menggunakan Johnson's Baby Oil - Aloe Vera & Vitamin E.. Hehehe.. Kat label tu ada tulis :

"BAIK UNTUK BAYI, BAIK UNTUK ANDA.
Rumusan minyak mineral ini diperkaya dengan Aloe Vera dan Vitamin E. Ia melegakan dan menyuburkan kulit, melindungi kulit daripada ketidakselesaan dan kekeringan. Untuk dewasa, amat sesuai untuk melembapkan bahagian kering pada siku, lutut dan tumit, sebagai pelembap rambut dan sebagai penanggal mekap mata @ eye make up remover."

So, semoga informasi ini berguna.. Sebotol kecil Johnson's Baby Oil (50 ml) - RM 3.70..
Tadi saya pergi Guardian ada promotion.. Dua botol Johnson's Baby Oil - Regular - RM 10.90.. Murah.. sebab satu botol baby oil 100ml rm 6.90 macam tu.. Visit la Guardian yang berhampiran anda.. Kadang2 promosi bertukar2.. Kekadang Guardian sales murah2 dan Kekadang Watson's juga sales murah2.. Dua farmasi kegemaran saya.. Hehehe..

Tiada ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Dikuasakan oleh Blogger.