SHAH ALAM, 31 Oktober 2026 – Pasukan Huntastic Four mencipta kenangan manis apabila dinobatkan sebagai juara kategori Media dalam Malakoff Amazing Hunt 2026, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.
Pertandingan yang berlangsung di The Saujana Hotel, Shah Alam itu menghimpunkan seramai 88 peserta daripada media arus perdana, komuniti media sosial, pihak berkepentingan Malakoff dan Alam Flora serta warga kerja Malakoff.
Peserta perlu mengenal pasti 20 tumbuhan di sekitar kawasan hotel, merangkumi lima pokok besar, lima herba, enam bunga dan empat buah.
Setiap penemuan perlu dirakam bersama pelekat identiti pasukan serta dilabel dengan nama tumbuhan sebelum ditunjukkan kepada marshal untuk pemarkahan.
Aktiviti ini menguji ketelitian peserta, di samping meningkatkan penghargaan terhadap kepelbagaian biodiversiti di persekitaran kita.
Checkpoint 7: Eco Maze
Cabaran ini memerlukan peserta membimbing rakan sepasukan yang ditutup matanya melalui laluan tertentu.
Kepercayaan, kepimpinan dan keupayaan memberikan arahan yang jelas menjadi elemen penting untuk menyelesaikan tugasan.
Checkpoint 8: Silent Sort
Peserta perlu mengasingkan bahan buangan tanpa menggunakan komunikasi lisan.
Walaupun kelihatan mudah, tugasan ini menguji persefahaman, koordinasi dan kebolehan ahli pasukan bekerjasama tanpa bergantung kepada percakapan.
Checkpoint 9: Greenwash Detectives
Peserta diminta meneliti bahan promosi produk dan mengenal pasti sama ada dakwaan alam sekitar yang dipaparkan adalah benar atau mengelirukan.
Cabaran ini membuka mata tentang kepentingan menyemak fakta, bukti dan pensijilan sebelum mempercayai sesuatu dakwaan mesra alam.
Checkpoint 10: Chain of Truth
Checkpoint ini menekankan kepentingan komunikasi yang tepat apabila peserta perlu menyampaikan laporan insiden daripada seorang ahli pasukan kepada ahli yang lain.
Aktiviti ini memperlihatkan bagaimana maklumat boleh berubah apabila disampaikan tanpa ketelitian, sekali gus mengingatkan peserta tentang nilai kejujuran, integriti dan komunikasi bertanggungjawab.
Di sebalik penyertaan Huntastic Four, terdapat empat ahli pasukan yang masing-masing memainkan peranan penting sepanjang pertandingan.
Menariknya, pembahagian jawatan kami bukan dibuat melalui perbincangan panjang, sebaliknya menggunakan kaedah paling klasik sejak zaman kanak-kanak, iaitu lat tali lat tali tamplom!
Hasilnya, setiap ahli menerima peranan berikut:
Ruby – Captain
Miera Nadhirah – Mission Lead
Shamiera Osment – Navigator
Yon Agreeness – Content Champion
Walaupun jawatan ditentukan secara santai, lucunya setiap peranan seolah-olah benar-benar sesuai dengan ahli yang dipilih.
Hakikatnya, kami berempat mempunyai kebolehan yang hampir sama. Masing-masing boleh menghasilkan kandungan, membaca peta, memimpin pasukan dan menguruskan tugasan.
Namun, sepanjang pertandingan, kami belajar bahawa mempunyai jawatan tertentu tidak bermakna seseorang perlu mengehadkan dirinya kepada satu tanggungjawab sahaja.
Ada masanya Captain perlu menjadi penjaga masa. Mission Lead pula membantu memastikan tugasan dapat diselesaikan. Navigator bukan sekadar mencari arah, manakala Content Champion turut membantu menyelesaikan cabaran di checkpoint.
Semuanya dilakukan secara bergilir-gilir mengikut keperluan.
Komunikasi dan tolak ansur menjadi kekuatan utama Huntastic Four.
Kami sentiasa berbincang, mendengar pandangan masing-masing dan membuat keputusan bersama. Tiada siapa perlu menjadi paling hebat kerana setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.
Sikap saling melengkapi inilah yang membuatkan kami dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih tenang, walaupun sebenarnya masa semakin suntuk.
Antara cabaran yang paling mencemaskan ialah apabila tiba di checkpoint dan mendapati pasukan lain masih menyelesaikan tugasan.
Dalam hati, mulalah berdoa supaya giliran kami tiba dengan cepat.
“Cepatlah, cepatlah siap team depan ni!” Hahaha!
Sambil menunggu, kami perlu memikirkan lokasi checkpoint seterusnya, menyemak tugasan yang belum selesai dan memastikan masa penyerahan tidak terlepas.
Ada kalanya kami perlu saling mengingatkan tentang masa. Ada masanya pula kami menjadi pemberi semangat kepada satu sama lain.
“Kita boleh! Kita sempat siapkan semua!”
Walaupun penat berjalan dan berlari ke sana sini, tiada siapa yang berputus asa. Kami terus bergerak, mencari jawapan dan menyelesaikan tugasan tanpa henti.
Ada jawapan yang membuatkan kami yakin, ada juga yang menimbulkan keraguan. Malah, selepas pertandingan selesai, barulah kami mengetahui bahawa beberapa jawapan teka-teki sebenarnya tidak tepat.
Namun, kami tidak membiarkan kesilapan tersebut mengganggu semangat pasukan.
Dalam kesibukan itu, kami juga tidak putus-putus berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan diberikan kemenangan.
Hanya selepas menyusun semula keseluruhan pengalaman ini, barulah saya sedar betapa banyak cabaran yang kami berempat tempuhi bersama.
Daripada mencari bendera Malakoff, menyelesaikan teka-teki, mengenal pasti tumbuhan, menghasilkan kandungan video sehinggalah bekerjasama dalam tugasan komunikasi, semuanya memerlukan usaha dan komitmen setiap ahli.
Alhamdulillah, Huntastic Four (Team 22) berjaya menyelesaikan kesemua 10 checkpoint dan menyerahkan tugasan akhir pada jam 11.28 pagi.
Saat pengumuman keputusan menjadi detik yang paling tidak dapat dilupakan apabila nama Huntastic Four diumumkan sebagai juara kategori Media.
Kemenangan ini sememangnya mengejutkan kami, apatah lagi apabila mengenangkan beberapa jawapan yang dirasakan kurang tepat sepanjang pertandingan.
Lebih menggembirakan, Huntastic Four berjaya mencatat kelebihan 12 markah berbanding pasukan naib juara.
Pasukan kami membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, yang dikongsi sama rata antara empat ahli pasukan.
Walaupun hadiah kemenangan menjadi satu bonus yang cukup manis, pengalaman bekerjasama, saling mempercayai dan menyelesaikan cabaran bersama-sama jauh lebih bermakna.
Kami datang sebagai satu pasukan, berjuang sebagai sahabat dan pulang membawa kenangan yang jauh lebih bernilai daripada hadiah kemenangan.
Malakoff Amazing Hunt 2026 meraikan kejayaan peserta menerusi tiga kategori pertandingan, iaitu 1Plant1Pride, Stakeholder dan Media.
Pasukan TBEP2 berjaya merangkul gelaran juara kategori 1Plant1Pride, manakala Perbadanan Putrajaya muncul sebagai juara kategori Stakeholder.
Bagi kategori Media, pasukan Huntastic Four (Group KOL) berjaya meraih kejuaraan.
Ketiga-tiga pasukan juara masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang memberikan komitmen serta semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2026 turut menyokong inisiatif 1Plant1Pride (1P1P) yang bertujuan memperkukuh perpaduan, kerjasama dan identiti bersama dalam kalangan warga kerja Malakoff.
Inisiatif ini menghubungkan warga kerja di loji-loji janakuasa Malakoff dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur menerusi semangat One Malakoff.
Melalui aktiviti yang menggabungkan pendidikan alam sekitar, kepimpinan, kepercayaan dan komunikasi, pertandingan ini menjadi platform untuk menerapkan nilai ESG secara lebih praktikal dan menyeronokkan.
Pendekatan sedemikian selari dengan aspirasi Malakoff untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memperkaya komuniti melalui usaha kelestarian yang berterusan.
Penghargaan kepada Malakoff dan Alam Flora
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Malakoff dan Alam Flora atas penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2026 yang penuh pengisian, cabaran dan pengalaman bermakna.
Terima kasih juga kepada barisan pengurusan yang memberikan sokongan terhadap acara ini, khususnya:
Penghargaan turut diberikan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, marshal dan petugas checkpoint yang memastikan perjalanan pertandingan berlangsung dengan lancar.
Secara peribadi, saya juga amat menghargai komitmen luar biasa Miera Nadhirah, Shamiera Osment dan Yon Agreeness.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kerjasama, berkongsi idea, bertolak ansur dan tidak pernah berhenti berusaha sehingga tugasan terakhir selesai.
Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa pasukan yang hebat bukanlah pasukan yang setiap ahlinya perlu tahu segala-galanya.
Pasukan yang hebat ialah pasukan yang tahu bagaimana untuk saling melengkapi, mempercayai dan menguatkan satu sama lain.
Kami mungkin bermula dengan lat tali lat tali tamplom, tetapi kami menamatkan pertandingan sebagai satu pasukan juara.
Huntastic Four, you are amazing! 💜
Malakoff Amazing Hunt 2026 membuktikan bahawa pertandingan mencari harta karun mampu menjadi medium pendidikan yang interaktif, kreatif dan berkesan.
Daripada memahami jejak karbon, mengenali biodiversiti dan teknologi hijau sehinggalah membezakan dakwaan alam sekitar yang benar dengan greenwashing, setiap tugasan membawa mesej bahawa kelestarian memerlukan kesedaran dan tindakan bersama.
Bagi Huntastic Four, kemenangan ini menjadi penutup yang cukup manis kepada satu pengalaman yang penuh gelak tawa, cabaran dan persahabatan.
Pertandingan yang berlangsung di The Saujana Hotel, Shah Alam itu menghimpunkan seramai 88 peserta daripada media arus perdana, komuniti media sosial, pihak berkepentingan Malakoff dan Alam Flora serta warga kerja Malakoff.
Memasuki tahun keempat penganjurannya, Malakoff Amazing Hunt 2026 mengetengahkan tema “Power a Greener Future” dengan menggabungkan aktiviti treasure hunt, cabaran berkumpulan dan pendidikan kelestarian alam sekitar.
Berteraskan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG), pertandingan ini bukan sekadar menguji kepantasan peserta mencari petunjuk, malah menekankan kesedaran alam sekitar, kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan kerjasama berpasukan.
Keunikan Malakoff Amazing Hunt 2026 terletak pada konsep pertandingan yang membolehkan setiap pasukan merancang sendiri perjalanan untuk menyelesaikan tugasan.
Berpandukan peta kawasan The Saujana Hotel, peserta perlu mencari bendera Malakoff yang menandakan lokasi checkpoint.
Setiap pasukan tidak semestinya menyelesaikan cabaran mengikut turutan nombor. Sebaliknya, strategi pergerakan perlu ditentukan berdasarkan lokasi, tugasan dan masa yang tersedia.
Dalam masa yang sama, peserta turut menyelesaikan soalan Walk-a-Hunt yang memerlukan pemerhatian terhadap papan tanda, nama lokasi dan petunjuk tersembunyi di sekitar hotel.
Bagi Huntastic Four, kami perlu bijak membahagikan perhatian antara mencari checkpoint, menjawab teka-teki dan menyelesaikan cabaran yang memerlukan kerjasama semua ahli.
Ada kalanya kami terpaksa berpatah balik, meneliti semula peta dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.
Penat memang penat, tetapi setiap cabaran menjadikan pengalaman ini semakin menyeronokkan!
Sebanyak 10 checkpoint bertemakan ESG disediakan sepanjang pertandingan. Setiap aktiviti membawa mesej kelestarian yang berbeza, daripada kesedaran jejak karbon dan pemuliharaan sumber alam sehinggalah kepentingan integriti dalam penyampaian maklumat.
Checkpoint 1: Carbon Trade-off Relay
Peserta perlu membuat pilihan gaya hidup melalui pertukaran kad berdasarkan bajet yang ditetapkan bagi mengurangkan jejak karbon isi rumah.
Cabaran ini menunjukkan bagaimana keputusan harian, termasuk penggunaan tenaga dan corak perbelanjaan, boleh mempengaruhi kesan terhadap alam sekitar.
Checkpoint 2: Trash to Treasure Build
Kreativiti peserta diuji apabila mereka perlu menghasilkan produk berguna daripada bahan terbuang.
Antara bahan yang digunakan ialah surat khabar lama dan kotak kasut. Melalui konsep upcycling, peserta digalakkan melihat potensi sesuatu barangan sebelum mengambil keputusan untuk membuangnya.
Checkpoint 3: Water Guardian Trail
Peserta perlu bekerjasama menyelesaikan tugasan berkaitan kebocoran dan aliran air.
Aktiviti ini mengetengahkan kepentingan pemuliharaan sumber air, ketelitian dan penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Checkpoint 4: Alam Flora’s EV Road Sweeper
Peserta diperkenalkan kepada penggunaan Electric Vehicle (EV) Road Sweeper oleh Alam Flora sebagai salah satu pendekatan teknologi yang menyokong operasi pembersihan lebih lestari.
Pendedahan ini memberikan gambaran tentang peranan inovasi dan penggunaan kenderaan elektrik dalam usaha mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Checkpoint 5: Green Message Challenge
Setiap pasukan perlu menghasilkan kandungan kreatif berbentuk video atau gambar yang menampilkan EV Road Sweeper bagi menyampaikan mesej kelestarian kepada masyarakat.
Cabaran ini memperlihatkan bagaimana media sosial boleh digunakan sebagai platform pendidikan dan penyebaran kesedaran alam sekitar dengan cara yang menarik.
Checkpoint 6: BioBlitz 20
Berteraskan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG), pertandingan ini bukan sekadar menguji kepantasan peserta mencari petunjuk, malah menekankan kesedaran alam sekitar, kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan kerjasama berpasukan.
Berpandukan Peta, Mencari Bendera Malakoff
Keunikan Malakoff Amazing Hunt 2026 terletak pada konsep pertandingan yang membolehkan setiap pasukan merancang sendiri perjalanan untuk menyelesaikan tugasan.
Berpandukan peta kawasan The Saujana Hotel, peserta perlu mencari bendera Malakoff yang menandakan lokasi checkpoint.
Setiap pasukan tidak semestinya menyelesaikan cabaran mengikut turutan nombor. Sebaliknya, strategi pergerakan perlu ditentukan berdasarkan lokasi, tugasan dan masa yang tersedia.
Dalam masa yang sama, peserta turut menyelesaikan soalan Walk-a-Hunt yang memerlukan pemerhatian terhadap papan tanda, nama lokasi dan petunjuk tersembunyi di sekitar hotel.
Bagi Huntastic Four, kami perlu bijak membahagikan perhatian antara mencari checkpoint, menjawab teka-teki dan menyelesaikan cabaran yang memerlukan kerjasama semua ahli.
Ada kalanya kami terpaksa berpatah balik, meneliti semula peta dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.
Penat memang penat, tetapi setiap cabaran menjadikan pengalaman ini semakin menyeronokkan!
10 Checkpoint ESG Menguji Kreativiti dan Kerjasama
Sebanyak 10 checkpoint bertemakan ESG disediakan sepanjang pertandingan. Setiap aktiviti membawa mesej kelestarian yang berbeza, daripada kesedaran jejak karbon dan pemuliharaan sumber alam sehinggalah kepentingan integriti dalam penyampaian maklumat.
Checkpoint 1: Carbon Trade-off Relay
Cabaran ini menunjukkan bagaimana keputusan harian, termasuk penggunaan tenaga dan corak perbelanjaan, boleh mempengaruhi kesan terhadap alam sekitar.
Checkpoint 2: Trash to Treasure Build
Antara bahan yang digunakan ialah surat khabar lama dan kotak kasut. Melalui konsep upcycling, peserta digalakkan melihat potensi sesuatu barangan sebelum mengambil keputusan untuk membuangnya.
Checkpoint 3: Water Guardian Trail
Aktiviti ini mengetengahkan kepentingan pemuliharaan sumber air, ketelitian dan penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Checkpoint 4: Alam Flora’s EV Road Sweeper
Pendedahan ini memberikan gambaran tentang peranan inovasi dan penggunaan kenderaan elektrik dalam usaha mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Checkpoint 5: Green Message Challenge
Cabaran ini memperlihatkan bagaimana media sosial boleh digunakan sebagai platform pendidikan dan penyebaran kesedaran alam sekitar dengan cara yang menarik.
Checkpoint 6: BioBlitz 20
Peserta perlu mengenal pasti 20 tumbuhan di sekitar kawasan hotel, merangkumi lima pokok besar, lima herba, enam bunga dan empat buah.
Setiap penemuan perlu dirakam bersama pelekat identiti pasukan serta dilabel dengan nama tumbuhan sebelum ditunjukkan kepada marshal untuk pemarkahan.
Aktiviti ini menguji ketelitian peserta, di samping meningkatkan penghargaan terhadap kepelbagaian biodiversiti di persekitaran kita.
Checkpoint 7: Eco Maze
Cabaran ini memerlukan peserta membimbing rakan sepasukan yang ditutup matanya melalui laluan tertentu.
Kepercayaan, kepimpinan dan keupayaan memberikan arahan yang jelas menjadi elemen penting untuk menyelesaikan tugasan.
Checkpoint 8: Silent Sort
Walaupun kelihatan mudah, tugasan ini menguji persefahaman, koordinasi dan kebolehan ahli pasukan bekerjasama tanpa bergantung kepada percakapan.
Checkpoint 9: Greenwash Detectives
Peserta diminta meneliti bahan promosi produk dan mengenal pasti sama ada dakwaan alam sekitar yang dipaparkan adalah benar atau mengelirukan.
Cabaran ini membuka mata tentang kepentingan menyemak fakta, bukti dan pensijilan sebelum mempercayai sesuatu dakwaan mesra alam.
Checkpoint 10: Chain of Truth
Checkpoint ini menekankan kepentingan komunikasi yang tepat apabila peserta perlu menyampaikan laporan insiden daripada seorang ahli pasukan kepada ahli yang lain.
Aktiviti ini memperlihatkan bagaimana maklumat boleh berubah apabila disampaikan tanpa ketelitian, sekali gus mengingatkan peserta tentang nilai kejujuran, integriti dan komunikasi bertanggungjawab.
Huntastic Four: Empat Personaliti, Satu Semangat
Di sebalik penyertaan Huntastic Four, terdapat empat ahli pasukan yang masing-masing memainkan peranan penting sepanjang pertandingan.
Menariknya, pembahagian jawatan kami bukan dibuat melalui perbincangan panjang, sebaliknya menggunakan kaedah paling klasik sejak zaman kanak-kanak, iaitu lat tali lat tali tamplom!
Hasilnya, setiap ahli menerima peranan berikut:
Ruby – Captain
Miera Nadhirah – Mission Lead
Shamiera Osment – Navigator
Yon Agreeness – Content Champion
Walaupun jawatan ditentukan secara santai, lucunya setiap peranan seolah-olah benar-benar sesuai dengan ahli yang dipilih.
Hakikatnya, kami berempat mempunyai kebolehan yang hampir sama. Masing-masing boleh menghasilkan kandungan, membaca peta, memimpin pasukan dan menguruskan tugasan.
Namun, sepanjang pertandingan, kami belajar bahawa mempunyai jawatan tertentu tidak bermakna seseorang perlu mengehadkan dirinya kepada satu tanggungjawab sahaja.
Ada masanya Captain perlu menjadi penjaga masa. Mission Lead pula membantu memastikan tugasan dapat diselesaikan. Navigator bukan sekadar mencari arah, manakala Content Champion turut membantu menyelesaikan cabaran di checkpoint.
Semuanya dilakukan secara bergilir-gilir mengikut keperluan.
Komunikasi dan tolak ansur menjadi kekuatan utama Huntastic Four.
Kami sentiasa berbincang, mendengar pandangan masing-masing dan membuat keputusan bersama. Tiada siapa perlu menjadi paling hebat kerana setiap orang mempunyai kelebihan tersendiri.
Sikap saling melengkapi inilah yang membuatkan kami dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih tenang, walaupun sebenarnya masa semakin suntuk.
Apabila Masa Semakin Berdetik
Antara cabaran yang paling mencemaskan ialah apabila tiba di checkpoint dan mendapati pasukan lain masih menyelesaikan tugasan.
Dalam hati, mulalah berdoa supaya giliran kami tiba dengan cepat.
“Cepatlah, cepatlah siap team depan ni!” Hahaha!
Sambil menunggu, kami perlu memikirkan lokasi checkpoint seterusnya, menyemak tugasan yang belum selesai dan memastikan masa penyerahan tidak terlepas.
Ada kalanya kami perlu saling mengingatkan tentang masa. Ada masanya pula kami menjadi pemberi semangat kepada satu sama lain.
“Kita boleh! Kita sempat siapkan semua!”
Walaupun penat berjalan dan berlari ke sana sini, tiada siapa yang berputus asa. Kami terus bergerak, mencari jawapan dan menyelesaikan tugasan tanpa henti.
Ada jawapan yang membuatkan kami yakin, ada juga yang menimbulkan keraguan. Malah, selepas pertandingan selesai, barulah kami mengetahui bahawa beberapa jawapan teka-teki sebenarnya tidak tepat.
Namun, kami tidak membiarkan kesilapan tersebut mengganggu semangat pasukan.
Dalam kesibukan itu, kami juga tidak putus-putus berdoa agar segala urusan dipermudahkan dan diberikan kemenangan.
Hanya selepas menyusun semula keseluruhan pengalaman ini, barulah saya sedar betapa banyak cabaran yang kami berempat tempuhi bersama.
Daripada mencari bendera Malakoff, menyelesaikan teka-teki, mengenal pasti tumbuhan, menghasilkan kandungan video sehinggalah bekerjasama dalam tugasan komunikasi, semuanya memerlukan usaha dan komitmen setiap ahli.
Huntastic Four Juara Kategori Media, Mendahului 12 Markah
Alhamdulillah, Huntastic Four (Team 22) berjaya menyelesaikan kesemua 10 checkpoint dan menyerahkan tugasan akhir pada jam 11.28 pagi.
Saat pengumuman keputusan menjadi detik yang paling tidak dapat dilupakan apabila nama Huntastic Four diumumkan sebagai juara kategori Media.
Kemenangan ini sememangnya mengejutkan kami, apatah lagi apabila mengenangkan beberapa jawapan yang dirasakan kurang tepat sepanjang pertandingan.
Lebih menggembirakan, Huntastic Four berjaya mencatat kelebihan 12 markah berbanding pasukan naib juara.
Pasukan kami membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000, yang dikongsi sama rata antara empat ahli pasukan.
Walaupun hadiah kemenangan menjadi satu bonus yang cukup manis, pengalaman bekerjasama, saling mempercayai dan menyelesaikan cabaran bersama-sama jauh lebih bermakna.
Kami datang sebagai satu pasukan, berjuang sebagai sahabat dan pulang membawa kenangan yang jauh lebih bernilai daripada hadiah kemenangan.
Tiga Kategori, Tiga Pasukan Juara
Malakoff Amazing Hunt 2026 meraikan kejayaan peserta menerusi tiga kategori pertandingan, iaitu 1Plant1Pride, Stakeholder dan Media.
Pasukan TBEP2 berjaya merangkul gelaran juara kategori 1Plant1Pride, manakala Perbadanan Putrajaya muncul sebagai juara kategori Stakeholder.
Bagi kategori Media, pasukan Huntastic Four (Group KOL) berjaya meraih kejuaraan.
Ketiga-tiga pasukan juara masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang memberikan komitmen serta semangat kesukanan sepanjang pertandingan.
Menyokong Inisiatif 1Plant1Pride dan Semangat One Malakoff
Penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2026 turut menyokong inisiatif 1Plant1Pride (1P1P) yang bertujuan memperkukuh perpaduan, kerjasama dan identiti bersama dalam kalangan warga kerja Malakoff.
Inisiatif ini menghubungkan warga kerja di loji-loji janakuasa Malakoff dengan ibu pejabatnya di Kuala Lumpur menerusi semangat One Malakoff.
Melalui aktiviti yang menggabungkan pendidikan alam sekitar, kepimpinan, kepercayaan dan komunikasi, pertandingan ini menjadi platform untuk menerapkan nilai ESG secara lebih praktikal dan menyeronokkan.
Pendekatan sedemikian selari dengan aspirasi Malakoff untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memperkaya komuniti melalui usaha kelestarian yang berterusan.
Penghargaan kepada Malakoff dan Alam Flora
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Malakoff dan Alam Flora atas penganjuran Malakoff Amazing Hunt 2026 yang penuh pengisian, cabaran dan pengalaman bermakna.
Terima kasih juga kepada barisan pengurusan yang memberikan sokongan terhadap acara ini, khususnya:
- En. Mohd Nazersham Mansor, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Malakoff.
- En. Mohamad Muhazni Mukhtar, Ketua Pegawai Operasi (COO), Alam Flora.
- En. Muhammad Ismat Ismail, Pengurus Loji, Lumut Power Plant, Malakoff.
- Pn. Suriati Mokhtar, Ketua Komunikasi Kumpulan dan Penjenamaan, Malakoff.
Penghargaan turut diberikan kepada seluruh jawatankuasa penganjur, marshal dan petugas checkpoint yang memastikan perjalanan pertandingan berlangsung dengan lancar.
Secara peribadi, saya juga amat menghargai komitmen luar biasa Miera Nadhirah, Shamiera Osment dan Yon Agreeness.
Terima kasih kerana sentiasa memberikan kerjasama, berkongsi idea, bertolak ansur dan tidak pernah berhenti berusaha sehingga tugasan terakhir selesai.
Pengalaman ini mengingatkan saya bahawa pasukan yang hebat bukanlah pasukan yang setiap ahlinya perlu tahu segala-galanya.
Pasukan yang hebat ialah pasukan yang tahu bagaimana untuk saling melengkapi, mempercayai dan menguatkan satu sama lain.
Kami mungkin bermula dengan lat tali lat tali tamplom, tetapi kami menamatkan pertandingan sebagai satu pasukan juara.
Huntastic Four, you are amazing! 💜
Lebih Daripada Sekadar Treasure Hunt