KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 – Kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) bukan sekadar diukur melalui kemenangan di padang, tetapi turut mencerminkan kepimpinan, disiplin dan perancangan jangka panjang yang membentuk identiti Southern Tigers.
Kini, perjalanan kelab yang menduduki ranking No. 1 di Asia Tenggara dan ke-10 di Asia itu diangkat menerusi dokumentari UNTAMED, yang diperkenalkan dalam acara Exclusive Cinematic Experience pada 28 Oktober 2026.
Dokumentari berdurasi 76 minit ini membawa penonton menyelami perjalanan JDT di bawah kepimpinan DYAM Tunku Mahkota Ismail (TMJ), daripada pembangunan kelab, pengurusan pemain dan kemudahan latihan sehinggalah kepada tekanan, kontroversi serta cabaran membina sebuah pasukan bertaraf antarabangsa.
Sejak transformasinya pada 2013, JDT telah mengumpul 35 trofi merentasi pelbagai pertandingan domestik dan antarabangsa.
Antara pencapaian paling bersejarah ialah kemenangan Piala AFC 2015, sekali gus menjadikan JDT kelab Malaysia pertama menjulang trofi tersebut.
Dominasi Southern Tigers turut terserlah menerusi kejayaan dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Di sebalik kejayaan itu, JDT turut dibarisi pemain berpengaruh seperti Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva, Matt Davies dan Corbin Ong, selain legenda kelab termasuk Safiq Rahim dan Safee Sali.
UNTAMED turut menampilkan bekas jurulatih Bojan Hodak, barisan pengurusan JDT serta personaliti seperti Khairy Jamaluddin dan Joe Flizzow yang berkongsi perspektif mengenai perkembangan kelab.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, kejayaan kelab bola sepak moden bukan hanya bergantung kepada keputusan perlawanan atau jumlah trofi yang dimenangi.
Beliau menekankan bahawa struktur organisasi, budaya profesional, konsistensi dan usaha meningkatkan standard dari musim ke musim merupakan elemen penting dalam membina kelab berprestasi tinggi.
Pelancaran UNTAMED dan JDT+ juga mencerminkan strategi jangka panjang JDT untuk berkembang sebagai jenama sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Selepas menonton UNTAMED, saya melihat dokumentari ini sebagai sebuah karya yang bukan sahaja relevan kepada penyokong JDT, tetapi juga peminat industri sukan di Malaysia dan antarabangsa.
Membina pasukan yang berjaya bukan perkara mudah. Ada kemenangan besar, kemenangan kecil dan juga kekalahan. Namun, setiap kegagalan seharusnya menjadi dorongan untuk bangkit, bukannya alasan untuk berputus asa.
Biar kalah dengan bermaruah, tetapi jangan hilang semangat untuk bangkit dan melakukan yang terbaik.
Saya turut tertarik dengan pengaruh pemain antarabangsa terhadap pembangunan pemain tempatan. Kerajinan, kepantasan, disiplin dan profesionalisme mereka boleh menjadi contoh kepada generasi pelapis.
Apa yang turut menyerlah ialah kesungguhan TMJ dalam memberi perhatian kepada kebajikan pemain, fasiliti latihan, penjagaan kesihatan, pemakanan dan pengurusan kelab. Pembangunan Stadium Sultan Ibrahim yang megah juga mencerminkan cita-cita besar JDT.
Pada pandangan saya, UNTAMED membawa mesej bahawa kejayaan bukan hadir secara kebetulan. Ia memerlukan kepimpinan yang jelas, usaha berterusan dan semangat berpasukan.
Seiring pelancaran UNTAMED, JDT memperkenalkan JDT+, platform penstriman rasmi kelab yang membawa identiti The Home of JDT Originals.
Platform ini menawarkan dokumentari, siri original dan rakaman eksklusif di sebalik tabir Southern Tigers.
Selepas UNTAMED, penonton boleh mengikuti OUTBOUND, siri dokumentari yang merakam perjalanan JDT dalam AFC Champions League Elite, bermula November 2026.
JDT+ boleh dilanggan menerusi www.jdtplus.com pada harga RM69 bagi Season Pass 2026/27, dengan bayaran sekali sahaja untuk musim tersebut. Ini bermakna anda melanggan selama 12 bulan untuk satu season pass pada harga RM 69 sahaja! Berbaloi-baloi kerana semua dokumentari eksklusif di laman web sahaja. Tidak akan disiarkan di platform atau aplikasi lain.
UNTAMED bukan sekadar dokumentari tentang kejuaraan. Ia adalah kisah tentang keberanian membina impian, menghadapi cabaran dan terus berusaha mencapai kecemerlangan.
Semoga karya seperti ini memberi inspirasi kepada generasi muda, khususnya pelajar sekolah yang aktif dalam sukan bola sepak, untuk terus mengejar impian mereka.
#UNTAMED #JDTPlus #SouthernTigers #JDT
Kini, perjalanan kelab yang menduduki ranking No. 1 di Asia Tenggara dan ke-10 di Asia itu diangkat menerusi dokumentari UNTAMED, yang diperkenalkan dalam acara Exclusive Cinematic Experience pada 28 Oktober 2026.
35 Trofi Dalam 13 Tahun
Sejak transformasinya pada 2013, JDT telah mengumpul 35 trofi merentasi pelbagai pertandingan domestik dan antarabangsa.
Antara pencapaian paling bersejarah ialah kemenangan Piala AFC 2015, sekali gus menjadikan JDT kelab Malaysia pertama menjulang trofi tersebut.
Dominasi Southern Tigers turut terserlah menerusi kejayaan dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih.
Di sebalik kejayaan itu, JDT turut dibarisi pemain berpengaruh seperti Arif Aiman Hanapi, Bergson da Silva, Matt Davies dan Corbin Ong, selain legenda kelab termasuk Safiq Rahim dan Safee Sali.
UNTAMED turut menampilkan bekas jurulatih Bojan Hodak, barisan pengurusan JDT serta personaliti seperti Khairy Jamaluddin dan Joe Flizzow yang berkongsi perspektif mengenai perkembangan kelab.
Kepimpinan, Disiplin dan Budaya Profesional
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, kejayaan kelab bola sepak moden bukan hanya bergantung kepada keputusan perlawanan atau jumlah trofi yang dimenangi.
Beliau menekankan bahawa struktur organisasi, budaya profesional, konsistensi dan usaha meningkatkan standard dari musim ke musim merupakan elemen penting dalam membina kelab berprestasi tinggi.
Pelancaran UNTAMED dan JDT+ juga mencerminkan strategi jangka panjang JDT untuk berkembang sebagai jenama sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
UNTAMED Dari Perspektif Ruby
Selepas menonton UNTAMED, saya melihat dokumentari ini sebagai sebuah karya yang bukan sahaja relevan kepada penyokong JDT, tetapi juga peminat industri sukan di Malaysia dan antarabangsa.
Membina pasukan yang berjaya bukan perkara mudah. Ada kemenangan besar, kemenangan kecil dan juga kekalahan. Namun, setiap kegagalan seharusnya menjadi dorongan untuk bangkit, bukannya alasan untuk berputus asa.
Biar kalah dengan bermaruah, tetapi jangan hilang semangat untuk bangkit dan melakukan yang terbaik.
Saya turut tertarik dengan pengaruh pemain antarabangsa terhadap pembangunan pemain tempatan. Kerajinan, kepantasan, disiplin dan profesionalisme mereka boleh menjadi contoh kepada generasi pelapis.
Apa yang turut menyerlah ialah kesungguhan TMJ dalam memberi perhatian kepada kebajikan pemain, fasiliti latihan, penjagaan kesihatan, pemakanan dan pengurusan kelab. Pembangunan Stadium Sultan Ibrahim yang megah juga mencerminkan cita-cita besar JDT.
Pada pandangan saya, UNTAMED membawa mesej bahawa kejayaan bukan hadir secara kebetulan. Ia memerlukan kepimpinan yang jelas, usaha berterusan dan semangat berpasukan.
JDT+ Tawarkan Kandungan Eksklusif RM69 Semusim

.jpeg)