KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 — Keindahan seni batik Malaysia diterjemahkan dalam gaya lebih kontemporari menerusi kolaborasi Jadi Batek x Bokitta yang melancarkan The Art Series, koleksi hijab tanpa pin ready-to-wear bersempena sambutan Merdeka 2026.
Setiap corak dalam The Art Series membawa interpretasi berbeza terhadap keindahan alam.
Valentina menampilkan bunga dalam gabungan rona neutral hangat dengan aksen merah tua, manakala Bellina menggunakan tona bumi yang lebih lembut dan feminin.
Solea pula tampil lebih berani menerusi flora ekspresif dan rona bumi, sementara Rosewater membawa palet blush yang lembut. Azura menggunakan lapisan biru dan kelabu yang memberi gambaran ketenangan serta pergerakan air.
Sementara itu, Verde diinspirasikan daripada ritma alam dengan bentuk botani lembut dalam rona hijau yang menenangkan. Komposisinya membawa gambaran pertumbuhan, harmoni dan keindahan alam semula jadi.
Pada majlis pelancaran tersebut, Editor ruby.my, Ruby, menggayakan Verde daripada material Printed Plus Crinkled Chiffon dalam gaya Voila Maxi.
Selain memperkenalkan koleksi baharu, majlis Beyond the Scarf: Motifs in Motion turut membawa tetamu lebih dekat dengan proses di sebalik seni batik.
Tetamu berpeluang menyaksikan demonstrasi mencanting dan mewarna batik secara langsung serta menyertai sendiri aktiviti mewarna batik dengan bimbingan artisan Jadi Batek.
Pengalaman interaktif itu memberi gambaran lebih dekat mengenai ketelitian yang diperlukan dalam menghasilkan karya batik sebelum seni tersebut diterjemahkan menjadi The Art Series. Aktiviti batik untuk tetamu turut menjadi sebahagian daripada program pelancaran koleksi.
Dilancarkan menerusi acara “Beyond the Scarf: Motifs in Motion” di Galeri Jadi Batek, Kuala Lumpur, The Art Series menampilkan enam corak berinspirasikan flora yang dibangunkan daripada karya batik lukisan tangan.
Enam corak tersebut terdiri daripada Valentina, Verde, Bellina, Solea, Rosewater dan Azura, masing-masing membawa karakter tersendiri melalui pemilihan motif dan warna yang berbeza.
Keistimewaan The Art Series terletak pada perjalanan kreatif di sebalik setiap coraknya.
Bokitta menetapkan hala tuju kreatif dan elemen flora untuk koleksi berkenaan sebelum artisan Jadi Batek menterjemahkannya menjadi karya batik menggunakan teknik tradisional.
Penghasilan karya tersebut melalui enam proses iaitu melakar, mencanting, mewarna, mematikan warna, menanggalkan lilin serta mencuci dan mengeringkan kain.

Daripada Batik Lukisan Tangan Kepada Hijab
Keistimewaan The Art Series terletak pada perjalanan kreatif di sebalik setiap coraknya.
Bokitta menetapkan hala tuju kreatif dan elemen flora untuk koleksi berkenaan sebelum artisan Jadi Batek menterjemahkannya menjadi karya batik menggunakan teknik tradisional.
Penghasilan karya tersebut melalui enam proses iaitu melakar, mencanting, mewarna, mematikan warna, menanggalkan lilin serta mencuci dan mengeringkan kain.
Setelah karya batik fizikal disempurnakan, ia kemudiannya didigitalkan dan diolah secara artistik oleh pereka Bokitta sebelum diterjemahkan pada siluet hijab tanpa pin jenama berkenaan.
Proses ini membolehkan tekstur, warna dan variasi organik yang menjadi karakter batik buatan tangan dibawa ke dalam bentuk fesyen yang lebih kontemporari dan praktikal.

Enam Interpretasi Flora
Setiap corak dalam The Art Series membawa interpretasi berbeza terhadap keindahan alam.
Valentina menampilkan bunga dalam gabungan rona neutral hangat dengan aksen merah tua, manakala Bellina menggunakan tona bumi yang lebih lembut dan feminin.
Solea pula tampil lebih berani menerusi flora ekspresif dan rona bumi, sementara Rosewater membawa palet blush yang lembut. Azura menggunakan lapisan biru dan kelabu yang memberi gambaran ketenangan serta pergerakan air.
Sementara itu, Verde diinspirasikan daripada ritma alam dengan bentuk botani lembut dalam rona hijau yang menenangkan. Komposisinya membawa gambaran pertumbuhan, harmoni dan keindahan alam semula jadi.
Pada majlis pelancaran tersebut, Editor ruby.my, Ruby, menggayakan Verde daripada material Printed Plus Crinkled Chiffon dalam gaya Voila Maxi.
Pengunjung Saksikan Seni Batik Secara Langsung
Selain memperkenalkan koleksi baharu, majlis Beyond the Scarf: Motifs in Motion turut membawa tetamu lebih dekat dengan proses di sebalik seni batik.
Tetamu berpeluang menyaksikan demonstrasi mencanting dan mewarna batik secara langsung serta menyertai sendiri aktiviti mewarna batik dengan bimbingan artisan Jadi Batek.
Pengalaman interaktif itu memberi gambaran lebih dekat mengenai ketelitian yang diperlukan dalam menghasilkan karya batik sebelum seni tersebut diterjemahkan menjadi The Art Series. Aktiviti batik untuk tetamu turut menjadi sebahagian daripada program pelancaran koleksi.
Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1976, Jadi Batek merupakan syarikat batik Malaysia yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan perkembangan seni batik menerusi hasil kraf, bengkel serta kerjasama kreatif.
The Art Series kini boleh didapati menerusi pengedar Bokitta secara dalam talian dan fizikal serta di Jadi Batek Shop.