Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2026 - Kemeriahan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 tidak hanya terhenti di pentas peragaan apabila Isetan Kuala Lumpur membawakan pengalaman fesyen itu lebih dekat kepada orang ramai menerusi kolaborasi istimewa Isetan Kuala Lumpur x KL Fashion Week (KLFW) di Isetan KLCC.

Berlangsung dari 31 Julai hingga 1 September 2026, kolaborasi selama sebulan itu menghimpunkan pereka fesyen Malaysia, bakat generasi baharu, inovator kecantikan, jenama gaya hidup dan komuniti kreatif dalam satu ruang.

Isetan KLCC sepanjang tempoh berkenaan berubah menjadi sebuah destinasi fesyen imersif dengan pelbagai pertunjukan pereka, kolaborasi edisi terhad, pengalaman pop-up dan instalasi kreatif yang membolehkan pengunjung mengenali landskap fesyen Malaysia dengan lebih dekat. 

Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

Menariknya, kolaborasi ini menjadikan pengalaman KLFW lebih mudah didekati khalayak. Bukan hanya menyaksikan koleksi di runway, pengunjung berpeluang melihat sendiri hasil kreativiti pereka tempatan, meneroka produk serta mengikuti pelbagai aktiviti yang berlangsung di dalam gedung Isetan KLCC.

Isetan KLCC Hidup Dengan Semangat KLFW

Antara kemuncak kolaborasi ialah pertunjukan khas KL Fashion Week yang berlangsung pada 4 Ogos 2026, menampilkan empat jenama dalam arena fesyen kontemporari Malaysia iaitu UglyPretty, 99%ANGEL, CDH Erreurs dan Super Structure.

Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

Acara berkenaan turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa KLP48, sekali gus menyatukan fesyen, muzik dan budaya anak muda dalam satu pentas yang meraikan kreativiti Malaysia moden.

Kehadiran Ruby sendiri ke acara Isetan KL x KLFW memberi peluang untuk melihat bagaimana ruang gedung membeli-belah boleh diterjemahkan menjadi sebuah platform kreatif yang lebih dekat dengan pengguna.

Ia memberi pengalaman berbeza berbanding pertunjukan fesyen konvensional kerana pengunjung bukan sekadar menjadi penonton, sebaliknya boleh meneroka sendiri pelbagai jenama, koleksi dan aktiviti yang diketengahkan sepanjang kempen.

Beri Ruang Kepada Generasi Baharu

Kolaborasi Isetan KL dan KLFW turut memberi perhatian kepada bakat fesyen generasi seterusnya menerusi Torendo Setta: Celebrating the Next Generation of Trendsetters.

Program ini mengetengahkan bakat daripada institusi tempatan yang mencipta interpretasi gaya menerusi 12 rekaan kreatif, menggunakan fesyen pereka tempatan bersama produk kecantikan, kasut dan aksesori yang tersedia di Isetan KLCC.

Dalam masa sama, KPDN Jom Malaysia Product Showcase pula memberi tumpuan kepada jenama pereka Malaysia yang terdapat di Isetan, selari dengan usaha mengetengahkan hasil seni, kraf dan kreativiti tempatan. 

Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

Pendekatan ini menjadikan kolaborasi berkenaan lebih luas daripada sebuah acara fesyen semata-mata. Ia turut menyediakan ruang untuk bakat baharu memperkenalkan kreativiti mereka kepada khalayak yang mungkin tidak berpeluang mengikut perkembangan industri fesyen secara dekat.

Pelbagai Kolaborasi Eksklusif Sepanjang KLFW

Sepanjang musim KLFW, pengunjung Isetan KLCC turut boleh meneroka pelbagai pop-up dan pengalaman peruncitan khas.

Antaranya ialah kolaborasi Designers x KLP48 yang menghimpunkan UglyPretty, CDH Erreurs, Super Structure dan 99% Angel serta barangan edisi terhad seperti kemeja, beg tote, pemegang photocard dan topi.

Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

Pengunjung juga boleh meneroka Shoes & Handbag Edit yang menampilkan Tricia Lew, Nazifi Nasri dan Mui serta Panasonic Beauty Experience, yang memperkenalkan teknologi kecantikan terkini bersempena peranan Panasonic sebagai rakan rasmi rambut KL Fashion Week.

Turut menjadi sebahagian daripada program ialah Designer Showcase yang menampilkan Fuzana Mokhtaza, Variante dan Hatta Dolmat.

Borneo Heritage Pop-Up Raikan Kraf Sabah dan Sarawak

Satu lagi tarikan yang menarik perhatian ialah Borneo Heritage Pop-Up, yang meraikan warisan kraftangan Sabah dan Sarawak menerusi penglibatan jenama artisan seperti Tanoti, Atelier Chim dan Ranee Artisan serta beberapa jenama lain.

Kehadiran elemen Borneo dalam program ini memperlihatkan kepelbagaian identiti fesyen dan kraf Malaysia yang bukan sahaja dibentuk oleh pereka kontemporari, malah turut berakar daripada warisan dan hasil tangan komuniti tempatan.

Sementara itu, Cultured by Todak pula membawa sisi berbeza dengan menggabungkan permainan video, streetwear dan budaya anak muda dalam sebuah pengalaman gaya hidup.

Fesyen Malaysia Melangkaui Pentas Peragaan

Apa yang menarik mengenai Isetan KL x KLFW ialah bagaimana kolaborasi ini memperluaskan pengalaman sebuah minggu fesyen kepada khalayak umum.

Daripada pereka terkenal dan bakat baharu kepada artisan, pelajar serta komuniti gaya hidup, masing-masing diberi ruang untuk mempersembahkan sisi berbeza industri kreatif Malaysia.

Bagi Isetan Kuala Lumpur, kolaborasi tersebut juga selari dengan pendekatannya untuk menjadi lebih daripada sebuah gedung membeli-belah dengan menghubungkan pelanggan kepada fesyen, kecantikan, budaya dan kreativiti. 


Isetan KL x KLFW 2026: Raikan Fesyen dan Kreativiti Malaysia Sepanjang Sebulan di Isetan KLCC

 
Welcome Address by Mr. Daisuke Yamai, Director/General Manager of Sales & Merchandising

Lebih istimewa, tahun 2026 turut menandakan perjalanan lebih tiga dekad Isetan di Malaysia selepas membuka cawangan pertamanya di Lot 10 pada Oktober 1990, diikuti Suria KLCC pada Mei 1998, The Gardens Mall pada September 2007 dan 1 Utama Shopping Centre pada April 2012.

Kini, melalui kolaborasi bersama KL Fashion Week, Isetan KLCC sekali lagi menjadi titik pertemuan antara peruncitan, fesyen dan kreativiti tempatan.

Orang ramai masih berpeluang menikmati pengalaman Isetan Kuala Lumpur x KL Fashion Week di Isetan KLCC sehingga 1 September 2026.

Jadi, kalau tidak sempat berada di barisan hadapan runway KLFW sekalipun, masih ada peluang untuk menikmati sedikit sebanyak kemeriahan minggu fesyen terbesar tanah air kali ini, lebih dekat dan terbuka untuk diterokai semua.

ruby.my Editorial Team

ruby.my ialah portal media bebas berbahasa Melayu, melaporkan Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Libur, Halal, Komuniti dan Korporat di Malaysia. Kami menekankan fakta, keseimbangan, dan storytelling sopan untuk pembaca Malaysia.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال