KOTA DAMANSARA, 9 Julai 2026 – GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. terus mengembangkan portfolio perniagaannya menerusi pelancaran MY Chemist Hub, sebuah destinasi baharu yang memfokuskan kepada keperluan penjagaan diri, kecantikan dan kesejahteraan harian.
Pembukaan rasmi cawangan pertama ini berlangsung di Sunway d’Hill Residences, Kota Damansara, sekali gus memperkenalkan identiti baharu syarikat menerusi tagline “Your Wellness, We Care.”
Direka dengan konsep moden dan mesra pelanggan, MY Chemist Hub menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dengan pelbagai pilihan produk penjagaan diri, kecantikan serta keperluan harian untuk seisi keluarga.
Bersempena pembukaan rasmi pada 9 Julai 2026, pengunjung turut menikmati pelbagai promosi istimewa termasuk RM1 Deals, RM8 Welcome Voucher serta tawaran eksklusif untuk tempoh terhad.
Selain MY Chemist Hub, GCH Retail turut membuka Mercato Sunway d’Hill yang menjadi penyewa utama pembangunan ini.
Mercato menawarkan pengalaman membeli-belah premium menerusi pilihan barangan import, hasil segar, daging premium serta pelbagai produk gourmet yang memenuhi keperluan pengguna moden. Lokasinya yang strategik berhampiran kawasan kediaman, institusi pendidikan dan kemudahan komuniti menjadikannya destinasi sehenti yang mudah dikunjungi.
Pengunjung yang berkunjung ke Sunway d’Hill juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan dalam satu lokasi.
Antaranya ialah Kyojin Sushi yang menawarkan hidangan Jepun pada harga mampu milik, Uncle Jack Fried Chicken yang terkenal dengan ayam goreng rangup serta Mercato Café & Bakery yang menyajikan kopi bersama pilihan roti dan pastri segar yang dibakar setiap hari.
Dengan pembukaan MY Chemist Hub dan Mercato di bawah satu bumbung, GCH Retail memperkenalkan satu lagi destinasi membeli-belah yang menggabungkan keperluan harian, produk premium serta pilihan makanan untuk komuniti sekitar Kota Damansara.
Pembukaan rasmi cawangan pertama ini berlangsung di Sunway d’Hill Residences, Kota Damansara, sekali gus memperkenalkan identiti baharu syarikat menerusi tagline “Your Wellness, We Care.”
Bersempena pembukaan rasmi pada 9 Julai 2026, pengunjung turut menikmati pelbagai promosi istimewa termasuk RM1 Deals, RM8 Welcome Voucher serta tawaran eksklusif untuk tempoh terhad.
Mercato Lengkapkan Pengalaman Membeli-belah
Selain MY Chemist Hub, GCH Retail turut membuka Mercato Sunway d’Hill yang menjadi penyewa utama pembangunan ini.
Mercato menawarkan pengalaman membeli-belah premium menerusi pilihan barangan import, hasil segar, daging premium serta pelbagai produk gourmet yang memenuhi keperluan pengguna moden. Lokasinya yang strategik berhampiran kawasan kediaman, institusi pendidikan dan kemudahan komuniti menjadikannya destinasi sehenti yang mudah dikunjungi.
Pilihan Makanan Turut Menjadi Tarikan