Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pembukaan TOMICA Factory Pertama Di Luar Jepun

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2026 – Sebagai peminat die-cast dan pemerhati perkembangan industri permainan, saya tidak menyangka suatu hari nanti Malaysia akan menjadi negara pertama di luar Jepun yang mempunyai TOMICA Factory secara kekal. Selepas kejayaan pembukaan TOMICA Brand Store pertama di Asia Tenggara di Suria KLCC pada penghujung tahun lalu, kini satu lagi sejarah tercipta apabila pengalaman menghasilkan kereta mini TOMICA sendiri akhirnya boleh dinikmati di negara kita. 

Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pembukaan TOMICA Factory Pertama Di Luar Jepun

Bertempat di TOMICA Brand Store, di dalam Toys “R” Us Suria KLCC, TOMICA Factory bukan sekadar ruang pameran atau tempat membeli koleksi die-cast. Sebaliknya, ia membawa pengalaman interaktif yang selama ini hanya dapat dinikmati di Jepun, kini lebih dekat dengan peminat di Malaysia.

Pengalaman Yang Menjadikan Setiap TOMICA Lebih Istimewa

Sebaik melangkah masuk ke TOMICA Factory, perhatian saya terus tertumpu kepada ruang pemasangan yang menjadi nadi utama pengalaman ini. Di sinilah setiap pengunjung berpeluang menghasilkan TOMICA pilihan mereka sendiri.

Berbeza dengan membeli model yang sudah siap di rak pameran, pengunjung boleh memilih sendiri beberapa komponen utama sebelum kereta itu dipasang di hadapan mata.

Antara pilihan yang boleh dibuat ialah:
  • Body kereta
  • Casis
  • Cermin hadapan
  • Tempat duduk

Selepas semua komponen dipilih, kereta mini tersebut akan dipasang menggunakan mesin khas di TOMICA Factory sebelum melalui Test Run Stage bagi memastikan semuanya berfungsi dengan sempurna.

Honda Kuning Dengan Tempat Duduk Merah, Pilihan Saya!

Kalau sudah diberi peluang menghasilkan TOMICA sendiri, mestilah saya mahu sesuatu yang benar-benar menggambarkan citarasa saya.

Saya memilih Honda berwarna kuning dipadankan dengan tempat duduk merah.

Memang nampak sporty dan menyerlah!

Walaupun hanya sebuah kereta mini, pengalaman memilih sendiri setiap komponennya menjadikan TOMICA itu terasa jauh lebih bermakna. Rasanya sayang pula hendak membuka kotaknya selepas ini kerana ia bukan sekadar koleksi biasa, tetapi satu kenangan yang saya hasilkan sendiri.

Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pembukaan TOMICA Factory Pertama Di Luar Jepun 

Pengalaman Bertaraf Jepun Pada Harga Yang Mengejutkan

Sebelum menghadiri pelancaran ini, saya pernah melihat sendiri bagaimana TOMICA Factory beroperasi di Jepun menerusi video dan perkongsian peminat.

Sudah tentu versi di Jepun mempunyai skala yang lebih besar.

Namun begitu, membawa konsep TOMICA Factory ke Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pelaburan yang tinggi dari segi teknologi, mesin dan latihan bagi memastikan pengalaman yang diberikan mengekalkan standard jenama TOMICA.

Apa yang benar-benar mengejutkan saya ialah pengalaman eksklusif ini ditawarkan pada harga yang setanding dengan kebanyakan model TOMICA biasa.

Bagi saya, ini merupakan satu nilai tambah yang sangat berbaloi kerana pengunjung bukan sahaja membawa pulang sebuah kereta mini, malah membawa pulang kenangan menghasilkan TOMICA mereka sendiri.

Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama Di Luar Jepun

Pembukaan TOMICA Factory ini membuktikan keyakinan TOMY terhadap pasaran Malaysia serta sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat TOMICA di negara ini.

Menurut pihak penganjur, Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama di luar Jepun untuk menempatkan TOMICA Factory secara kekal, sekali gus menjadikan Suria KLCC sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh peminat TOMICA dari dalam dan luar negara.

Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pembukaan TOMICA Factory Pertama Di Luar Jepun 

Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh wakil TOMY Company Ltd., Litt Tak Sdn. Bhd. dan Toys “R” Us Malaysia, yang menyifatkan pembukaan ini sebagai langkah penting dalam membawa pengalaman jenama TOMICA lebih dekat kepada para peminat di rantau ini.

Bukan Hanya Untuk Kanak-Kanak

Walaupun TOMICA sering dikaitkan dengan dunia kanak-kanak, saya dapat melihat ramai pengunjung dewasa yang tidak kurang terujanya.

Ada yang merupakan pengumpul die-cast tegar, ada juga ibu bapa yang mahu mencipta memori bersama anak-anak.

Suasana di TOMICA Factory benar-benar menghidupkan nostalgia. Daripada proses memilih komponen sehinggalah melihat kereta dipasang di hadapan mata, setiap langkah memberikan rasa keterujaan yang sukar digambarkan.

Malaysia Cipta Sejarah Dengan Pembukaan TOMICA Factory Pertama Di Luar Jepun

Sebuah TOMICA, Sebuah Kenangan

Bagi saya, nilai sebenar TOMICA Factory bukan terletak pada kereta mini yang dibawa pulang.

Sebaliknya, ia terletak pada pengalaman menghasilkan sesuatu dengan pilihan sendiri.

Honda kuning dengan tempat duduk merah yang saya pilih mungkin kelihatan seperti sebuah model die-cast biasa kepada orang lain. Namun bagi saya, ia akan sentiasa mengingatkan kepada hari Malaysia mencipta sejarah sebagai negara pertama di luar Jepun yang mempunyai TOMICA Factory kekal.

Dan itulah yang menjadikan TOMICA ini paling istimewa dalam koleksi saya.

📍 TOMICA Brand Store
Inside Toys “R” Us Suria KLCC
Second Level, Lot LC203, Ramlee Mall, Suria KLCC

🕙 Waktu Operasi:
10.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)

ruby.my Editorial Team

ruby.my ialah portal media bebas berbahasa Melayu, melaporkan Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Libur, Halal, Komuniti dan Korporat di Malaysia. Kami menekankan fakta, keseimbangan, dan storytelling sopan untuk pembaca Malaysia.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال