Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 – Penggemar kopi kini berpeluang menikmati pengalaman kopi Itali yang autentik apabila Lavazza, jenama kopi premium dari Itali, bersama aura+ melancarkan Lavazza Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Centre Court, Aras G.

Berlangsung dari 22 hingga 28 Jun 2026, acara selama seminggu ini menggabungkan budaya kopi Itali yang kaya dengan inovasi gaya hidup moden menerusi pelbagai aktiviti interaktif, sesi merasa kopi dan promosi eksklusif untuk para pengunjung.

Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy


Majlis pelancaran rasmi tersebut menghimpunkan wakil industri, rakan strategik, media serta selebriti tempatan. Ia turut menandakan pelancaran rasmi dua kapsul baharu Lavazza di bawah koleksi Tales of Italy iaitu Roma dan Napoli.

Menurut Pengarah Jualan Lavazza Asia, Philip Ng, Malaysia terus menjadi pasaran penting bagi pertumbuhan Lavazza di rantau Asia kerana budaya kopi tempatan yang semakin berkembang dan terbuka kepada pengalaman kopi premium.

“Ini merupakan tahun ketiga kami memberi fokus kepada ruang pengguna yang lebih dekat dengan orang ramai. Mid Valley Megamall dipilih kerana ia menawarkan pendedahan kepada kumpulan sasaran yang lebih luas serta memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali dan merasai sendiri pengalaman kopi Lavazza,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa setiap negara Asia mempunyai budaya kopi yang tersendiri. Pengguna di Thailand, Vietnam dan Malaysia menikmati kopi dengan cara yang berbeza, namun asas kepada setiap minuman kopi yang baik tetap bergantung kepada kualiti biji kopi dan campurannya.

“Di Malaysia, ramai menikmati kopi dalam bentuk latte, mocha atau macchiato. Sebab itu kopi asas yang digunakan perlu mempunyai profil rasa yang baik supaya hasil minuman akhirnya juga lebih memuaskan,” tambah beliau.

Membawa Kisah Itali Dalam Setiap Cawan


Koleksi Tales of Italy diperkenalkan bagi meraikan kepelbagaian budaya kopi di bandar-bandar ikonik Itali.

Tales of Roma menampilkan campuran yang lembut dan seimbang dengan nota coklat gelap serta hazelnut, mencerminkan keanggunan dan pesona abadi kota Rom.

Sementara itu, Tales of Napoli pula diinspirasikan daripada tradisi espresso Naples yang terkenal di seluruh dunia. Campuran ini menawarkan profil rasa yang lebih berani dengan sentuhan koko dan karamel yang kaya. 

Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy

Menurut Philip, pemilihan nama Roma bukan sekadar merujuk kepada sebuah bandar, tetapi turut menggambarkan pengalaman dan kenangan yang sering dikaitkan dengan budaya kopi Itali.

Budaya Kopi Itali Yang Unik


Selain memperkenalkan produk baharu, Lavazza turut membawa pengalaman budaya kopi Itali kepada pengunjung.

Di Itali, budaya menikmati cappuccino pada waktu pagi masih diamalkan secara meluas, manakala espresso pula lazimnya dinikmati selepas makan sebagai penutup hidangan. 

Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy

Tradisi ini menjadi inspirasi kepada pengalaman kopi yang diketengahkan sepanjang roadshow tersebut, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung Malaysia memahami bagaimana kopi menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat Itali.

Kolaborasi Lavazza dan aura+


Salah satu tarikan utama acara ini ialah kerjasama antara Lavazza dan aura+ menerusi mesin kopi espresso aura+ Java One.

Menurut pihak penganjur, pemilihan mesin kopi yang sesuai memainkan peranan penting dalam memastikan setiap kapsul kopi dapat menghasilkan profil rasa yang optimum. 

Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy

Sepanjang roadshow berlangsung, pengunjung boleh mendapatkan promosi istimewa pada harga RM499 berbanding harga runcit RM907 yang merangkumi sebuah mesin kopi aura+ Java One Espresso Coffee Machine bersama lapan kotak kapsul Lavazza.

Mesin ini menawarkan dua mod penyediaan minuman iaitu espresso dan lungo yang boleh dihasilkan hanya dengan satu sentuhan butang. Ia juga direka untuk memberikan pengalaman kopi yang aromatik, lembut dan konsisten bagi kegunaan harian.

Coffeetails Menambah Kelainan Pengalaman


Turut mencuri perhatian ialah demonstrasi Coffeetails yang diperkenalkan oleh Alicia, memperlihatkan bagaimana kopi premium boleh digabungkan secara kreatif untuk menghasilkan minuman yang lebih moden dan menarik. 

Lavazza dan aura+ Lancar Pop Up Shop di Mid Valley Megamall, Perkenal Kapsul Baharu Tales of Italy

Pengunjung juga berpeluang menikmati sesi merasa kopi yang dikendalikan oleh barista profesional selain meneroka pelbagai produk Lavazza termasuk kapsul kopi, biji kopi, kopi kisar dan kopi segera.

Bagi melengkapkan pengalaman, ruang pop-up ini turut menyediakan sudut fotografi bertemakan Itali yang direka khas untuk pengunjung merakam kenangan dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

Promosi Eksklusif Sepanjang Roadshow


Pengunjung yang berbelanja sepanjang acara berpeluang menikmati pelbagai ganjaran menarik termasuk:

• Beli 3 kotak kapsul atau berbelanja RM60 ke atas dan terima rantai kunci Lavazza edisi eksklusif secara percuma.

• Beli 5 kotak kapsul dan terima pek kapsul campuran Lavazza secara percuma.

• Beli 8 kotak kapsul atau berbelanja RM160 ke atas dan berpeluang menyertai aktiviti Spin the Wheel dengan pelbagai hadiah menarik.

Lavazza Pop Up Shop di Mid Valley Megamall berlangsung sehingga 28 Jun 2026 dan terbuka kepada semua pengunjung yang ingin meneroka rasa, kisah serta tradisi kopi Itali dalam suasana yang lebih dekat dan interaktif.

Gunakan promo kod LAVRUBY, untuk mendapatkan harga RM499 dan 10% diskaun tambahan. Happy shopping! 

ruby.my Editorial Team

ruby.my ialah portal media bebas berbahasa Melayu, melaporkan Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Libur, Halal, Komuniti dan Korporat di Malaysia. Kami menekankan fakta, keseimbangan, dan storytelling sopan untuk pembaca Malaysia.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال