ibis KLCC Bawa Cita Rasa Borneo Ke Kuala Lumpur Menerusi Flavour Of Sabah Kaamatan & Taste Of Sarawak Gawai 2026

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2026 – Warisan budaya dan gastronomi Sabah serta Sarawak diraikan dalam suasana penuh meriah menerusi pelancaran rasmi Flavour of Sabah Kaamatan & Taste of Sarawak Gawai di Kampung Kitchen Buffet Restaurant, ibis Kuala Lumpur City Centre.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada malam Rabu itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB Tuan Chiew Choon Man, dan turut dihadiri wakil-wakil industri pelancongan, media serta rakan strategik.

Dianjurkan dengan sokongan Tourism Malaysia, promosi istimewa ini merupakan kerjasama antara ibis Kuala Lumpur City Centre, My Native Café Sabah dan Mercure Miri City Centre, Sarawak dalam usaha memperkenalkan keunikan budaya serta hidangan autentik dari Malaysia Timur kepada masyarakat di ibu negara.

Kempen ini mengetengahkan dua perayaan menuai terbesar di Malaysia iaitu Kaamatan di Sabah dan Gawai di Sarawak, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung menikmati pengalaman budaya dan gastronomi Borneo tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, YB Tuan Chiew Choon Man memuji inisiatif yang diambil oleh ibis Kuala Lumpur City Centre dalam mempromosikan kepelbagaian budaya dan makanan Malaysia sebagai sebahagian daripada produk pelancongan negara.

Beliau berkata usaha membawa cita rasa, tradisi dan semangat perayaan dari Sabah dan Sarawak ke tengah-tengah Kuala Lumpur bukan sahaja memperkayakan pengalaman pelancongan, malah membantu memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya yang menjadi identiti Malaysia. 

ibis KLCC Bawa Cita Rasa Borneo Ke Kuala Lumpur Menerusi Flavour Of Sabah Kaamatan & Taste Of Sarawak Gawai 2026


“Melalui inisiatif seperti ini, pengunjung dapat menikmati pengalaman budaya yang autentik, memahami tradisi tempatan serta merasai sendiri keunikan warisan Sabah dan Sarawak tanpa perlu meninggalkan ibu kota,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia menerima lebih 10.6 juta pelawat antarabangsa bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, peningkatan sebanyak 5.37 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Menurut beliau, pengalaman budaya dan gastronomi autentik akan terus menjadi antara fokus utama dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Goldstone Holdings Berhad merangkap wakil pemilik ibis Kuala Lumpur City Centre, Mr Chen Yang berkata promosi berkenaan bertujuan membawa semangat perayaan Kaamatan dan Gawai lebih dekat kepada masyarakat di Semenanjung Malaysia. 


“Melalui konsep Malaysian Delights di Kampung Kitchen, kami mahu meraikan kepelbagaian rasa dan budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Kami berharap promosi ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengenali dan melawat Sabah serta Sarawak,” katanya.
 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada chef jemputan dari Malaysia Timur iaitu Chef Alessandra dari My Native Café Sabah dan Chef Angel dari Mercure Miri City Centre, Sarawak yang membawa resipi autentik dan kepakaran mereka ke Kuala Lumpur sepanjang promosi berlangsung.

Para tetamu yang hadir turut disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional Sabah dan Sarawak, selain menikmati persembahan kebudayaan yang menggambarkan keindahan warisan masyarakat Borneo. 

Promosi Taste of Sarawak Gawai berlangsung dari 8 hingga 21 Jun 2026 di Kampung Kitchen Buffet Restaurant, Level 10, ibis Kuala Lumpur City Centre. Antara hidangan yang diketengahkan termasuk pelbagai juadah tradisional yang menggunakan bahan-bahan asli dan resipi warisan dari Sarawak. 

ibis KLCC Bawa Cita Rasa Borneo Ke Kuala Lumpur Menerusi Flavour Of Sabah Kaamatan & Taste Of Sarawak Gawai 2026

ibis KLCC Bawa Cita Rasa Borneo Ke Kuala Lumpur Menerusi Flavour Of Sabah Kaamatan & Taste Of Sarawak Gawai 2026


Selain promosi makanan, ibis Kuala Lumpur City Centre turut menawarkan Borneo Food & Culture Staycation Package bermula RM299 nett seorang. Pakej ini merangkumi penginapan, buffet dinner bertemakan Sarawak Gawai, akses ke infinity pool dan pusat kecergasan, menjadikannya pilihan menarik untuk percutian hujung minggu di tengah ibu kota.

Inisiatif ini selari dengan usaha memperkukuhkan promosi pelancongan domestik serta memperkenalkan keunikan budaya Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa menjelang Visit Malaysia 2026.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungi ibis Kuala Lumpur City Centre di talian 03-2778 3333. 

IBIS KUALA LUMPUR CITY CENTRE
32, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
www.ibisklcc.com

ruby.my Editorial Team

ruby.my ialah portal media bebas berbahasa Melayu, melaporkan Berita, Hiburan, Gaya Hidup, Libur, Halal, Komuniti dan Korporat di Malaysia. Kami menekankan fakta, keseimbangan, dan storytelling sopan untuk pembaca Malaysia.

Terbaru Lebih lama

نموذج الاتصال