PETALING JAYA, 19 Jun 2026 – guardian Malaysia sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri kesihatan dan kecantikan negara apabila dinobatkan sebagai Peruncit Kesihatan & Kecantikan Terbaik – Malaysia di Retail Asia Awards 2026 yang berlangsung di Singapura.
Kemenangan ini merupakan tahun kedua berturut-turut guardian menerima pengiktirafan berprestij tersebut, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara peruncit kesihatan dan kecantikan paling dipercayai di Malaysia.
Majlis penyampaian anugerah yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre itu turut menyaksikan guardian Malaysia membawa pulang tiga lagi anugerah utama iaitu Inisiatif Digital Terbaik – Malaysia, Program Kesetiaan Terbaik – Malaysia dan Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan guardian Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu, pengiktirafan tersebut menjadi bukti komitmen syarikat dalam memenuhi keperluan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Anugerah Inisiatif Digital Terbaik diberikan atas usaha guardian membangunkan platform digital yang membantu pengguna membuat pilihan lebih tepat dalam kategori kesihatan dan kecantikan.
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk Health Hub, Hairducation Hub dan Derma Lab yang menyediakan kandungan pendidikan, panduan video daripada pakar serta pengalaman dalam talian ke luar talian yang lebih lancar.
Pendekatan ini membantu pelanggan memahami manfaat produk, kandungan ramuan serta maklumat penjagaan diri dengan lebih mudah dan tepat.
Sementara itu, Program Kesetiaan Terbaik – Malaysia diberikan kepada MYguardian Rewards yang kini mempunyai lebih daripada enam juta ahli berdaftar.
Program tersebut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menawarkan ganjaran dan pengalaman yang lebih diperibadikan berdasarkan keperluan serta gaya hidup pelanggan.
Selain itu, anugerah Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia pula mengiktiraf kejayaan produk jenama sendiri mannings guardian yang terus mendapat sokongan pengguna menerusi penawaran produk berkualiti pada harga berpatutan.
Bukan sekadar menerima pengiktirafan industri, guardian Malaysia turut dipilih sebagai Jenama Terbaik Peruncit Kesihatan & Kecantikan Malaysia bagi tahun 2025 dan 2026 menerusi anugerah InfluentialBrands yang berpangkalan di Singapura.
Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan pilihan dan kepercayaan pengguna di seluruh negara terhadap jenama tersebut.
Priscilla berkata sokongan pelanggan menjadi faktor utama kejayaan guardian selama hampir enam dekad beroperasi di Malaysia.
Hari ini, guardian Malaysia mempunyai lebih daripada 550 stor di seluruh negara dan melayani lebih 34 juta pelanggan setiap tahun. Dengan pelbagai pengiktirafan yang diterima, syarikat itu bertekad untuk terus menjadi penasihat kesejahteraan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk generasi akan datang.

“Bermula sebagai sebuah kedai kesihatan dan kecantikan seluas 200 kaki persegi di Kuala Lumpur 59 tahun lalu, kami bersyukur dan berbangga kerana dipilih sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan terbaik untuk dua tahun berturut-turut,” katanya.
Transformasi Digital Yang Memudahkan Pengguna
Anugerah Inisiatif Digital Terbaik diberikan atas usaha guardian membangunkan platform digital yang membantu pengguna membuat pilihan lebih tepat dalam kategori kesihatan dan kecantikan.
Antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk Health Hub, Hairducation Hub dan Derma Lab yang menyediakan kandungan pendidikan, panduan video daripada pakar serta pengalaman dalam talian ke luar talian yang lebih lancar.
Pendekatan ini membantu pelanggan memahami manfaat produk, kandungan ramuan serta maklumat penjagaan diri dengan lebih mudah dan tepat.
Lebih 6 Juta Ahli MYguardian Rewards
Sementara itu, Program Kesetiaan Terbaik – Malaysia diberikan kepada MYguardian Rewards yang kini mempunyai lebih daripada enam juta ahli berdaftar.
Program tersebut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menawarkan ganjaran dan pengalaman yang lebih diperibadikan berdasarkan keperluan serta gaya hidup pelanggan.
Selain itu, anugerah Transformasi Jenama Terbaik – Malaysia pula mengiktiraf kejayaan produk jenama sendiri mannings guardian yang terus mendapat sokongan pengguna menerusi penawaran produk berkualiti pada harga berpatutan.
Turut Dipilih Sebagai Jenama Pilihan Rakyat Malaysia
Bukan sekadar menerima pengiktirafan industri, guardian Malaysia turut dipilih sebagai Jenama Terbaik Peruncit Kesihatan & Kecantikan Malaysia bagi tahun 2025 dan 2026 menerusi anugerah InfluentialBrands yang berpangkalan di Singapura.
Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan pilihan dan kepercayaan pengguna di seluruh negara terhadap jenama tersebut.
Priscilla berkata sokongan pelanggan menjadi faktor utama kejayaan guardian selama hampir enam dekad beroperasi di Malaysia.
“Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dan akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta menawarkan pilihan produk kesihatan dan kecantikan terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Hari ini, guardian Malaysia mempunyai lebih daripada 550 stor di seluruh negara dan melayani lebih 34 juta pelanggan setiap tahun. Dengan pelbagai pengiktirafan yang diterima, syarikat itu bertekad untuk terus menjadi penasihat kesejahteraan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia untuk generasi akan datang.

%20with%20Anna%20Ng%20(third%20from%20left)%20together%20with%20other%20DFI%20Retail%20Group_s%20colleagues%20from%20across%20the%20Asia%20Pacific%20at%20the%20Retail%20Asia%20Awards%202026%20award%20presentation%20ceremony.jpg)