KUALA LUMPUR, 14 Mei 2026 - Suasana di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini cukup menyentuh hati apabila ribuan anak kecil berpakaian ihram menyertai simulasi ibadah haji menerusi program Little Hajj 2026 anjuran Little Caliphs.
Program yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya itu bukan sekadar aktiviti tahunan kanak-kanak prasekolah, malah menjadi simbol komitmen berterusan Little Caliphs dalam memperkenalkan ibadah dan kecintaan terhadap Islam sejak awal usia.
Sepanjang sedekad penganjurannya, Little Hajj turut mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebanyak dua kali menerusi kategori penyertaan serentak terbesar kanak-kanak bagi simulasi ibadah haji. Pengiktirafan pertama diterima pada tahun 2017 melibatkan lebih 5,800 murid prasekolah, sebelum sekali lagi mencatat rekod baharu menerusi Little Hajj Mega 2025 dengan penyertaan hampir 12,000 kanak-kanak di seluruh negara.
Program yang memasuki tahun ke-10 penganjurannya itu bukan sekadar aktiviti tahunan kanak-kanak prasekolah, malah menjadi simbol komitmen berterusan Little Caliphs dalam memperkenalkan ibadah dan kecintaan terhadap Islam sejak awal usia.
Secara keseluruhannya, dianggarkan lebih 70,000 kanak-kanak telah menyertai program Little Hajj sejak ia diperkenalkan, menjadikannya antara program simulasi ibadah haji kanak-kanak terbesar dan paling berpengaruh di Malaysia.
Apa yang paling menyentuh hati pastinya melihat kesungguhan anak-anak kecil mengikuti setiap langkah ibadah dengan penuh teruja, sementara ibu bapa dan guru turut sama mengabadikan momen bermakna tersebut.
Dari kiri, Datin Dr. Hjh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin (Chief Academic Officer) dan Datuk Haji Roslan bin Nordin (CEO).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LCISB, Datuk Haji Roslan bin Nordin, Little Hajj bukan sekadar simulasi ibadah semata-mata tetapi sebahagian daripada proses tarbiah awal kanak-kanak.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak Islam, Little Caliphs kini terus mengorak langkah lebih jauh dalam membina ekosistem pendidikan yang lebih menyeluruh untuk generasi akan datang.
Selain perancangan pembukaan Transit dan KAFA dalam masa terdekat, Little Caliphs turut dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi pada September 2026 sebagai antara institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terpilih untuk berkongsi pendekatan pendidikan Islam dan pembangunan awal kanak-kanak di sana.
Perkembangan ini membuktikan bahawa pendekatan pendidikan Islam yang dibangunkan Little Caliphs bukan sahaja mendapat kepercayaan ibu bapa di Malaysia, malah mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Dalam sesi perkongsian bersama pihak pengurusan, turut dikongsikan visi jangka panjang untuk melihat kesinambungan pendidikan anak-anak melalui cadangan pembangunan Little Caliphs International School sebagai panduan pendidikan dari usia awal sehingga ke alam kerjaya.
Sebagai seorang ibu, penulis melihat usaha seperti ini bukan sekadar tentang akademik atau pencapaian semata-mata, tetapi tentang bagaimana generasi kecil hari ini dibentuk dengan identiti, adab, nilai dan kefahaman agama yang kukuh sejak awal usia.
Hakikatnya, duit boleh dicari, tetapi membina generasi yang mampu menghadapi cabaran masa depan dengan ilmu, akhlak dan pegangan agama memerlukan visi yang jauh serta usaha yang berpanjangan.
Semoga segala usaha murni ini terus dipermudahkan dan menjadi asbab lahirnya lebih ramai generasi muda Muslim yang soleh, berilmu dan berjaya dunia akhirat.
Melalui simulasi Menasik Haji yang telah disemak bersama Lembaga Tabung Haji, anak-anak berusia enam tahun diberi peluang merasai sendiri pengalaman ibadah haji secara praktikal dan menyeronokkan menerusi pendekatan Project-Based Learning (PBL).
Dari laungan talbiah, Tawaf Perdana mengelilingi replika Kaabah, Saie antara Safa dan Marwah sehinggalah melontar Jamrah, setiap aktiviti dirancang dengan penuh teliti agar mudah difahami oleh anak-anak sambil menerapkan nilai kesabaran, disiplin, kerjasama dan kasih sayang.
Dari laungan talbiah, Tawaf Perdana mengelilingi replika Kaabah, Saie antara Safa dan Marwah sehinggalah melontar Jamrah, setiap aktiviti dirancang dengan penuh teliti agar mudah difahami oleh anak-anak sambil menerapkan nilai kesabaran, disiplin, kerjasama dan kasih sayang.
Apa yang paling menyentuh hati pastinya melihat kesungguhan anak-anak kecil mengikuti setiap langkah ibadah dengan penuh teruja, sementara ibu bapa dan guru turut sama mengabadikan momen bermakna tersebut.
Dari kiri, Datin Dr. Hjh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin (Chief Academic Officer) dan Datuk Haji Roslan bin Nordin (CEO).
“Little Hajj membantu anak-anak mengenal Allah, memahami ibadah dan membina kecintaan terhadap Islam sejak usia kecil. Sedekad penganjurannya menjadi bukti komitmen Little Caliphs dalam menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang menyeluruh dan berteraskan nilai,” katanya.