Kuala Lumpur, 22 Mei 2026 - Musim cuti sekolah kali ini nampaknya lebih meriah apabila LEGO MY Play Festival 2026 kembali menghidupkan kawasan KLCC dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Ruby berpeluang hadir ke majlis pelancarannya semalam dan suasananya memang cukup meriah, penuh warna-warni serta membuatkan kita rasa seperti melangkah masuk ke dunia LEGO sebenar.
Festival yang berlangsung dari 21 Mei hingga 7 Jun 2026 ini membawa pelbagai pengalaman interaktif di sekitar Suria KLCC dan KLCC Park. Bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah peminat LEGO dewasa pun boleh rasa teruja melihat pelbagai binaan berskala besar dan aktiviti yang disediakan.
Apa yang menarik, tahun ini LEGO bukan sekadar membawa pameran biasa tetapi mencipta pengalaman bermain yang lebih menyeluruh. Daripada aktiviti kreatif, cabaran fizikal sehinggalah pengalaman digital, semuanya digabungkan dalam satu festival berskala besar.
Suria KLCC Berubah Menjadi Dunia LEGO
Sebaik melangkah ke Centre Court Suria KLCC, pengunjung akan disambut dengan pemandangan Kuala Lumpur versi LEGO. Antara yang mencuri perhatian ialah binaan besar menyerupai mercu tanda terkenal seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan suasana pasar malam tempatan yang dibina menggunakan LEGO.
Ruby sendiri rasa bahagian ini sangat menarik sebab elemen tempatan dimasukkan dalam festival antarabangsa seperti LEGO. Ada penjual teh tarik dan durian versi LEGO yang memang comel untuk bergambar.
Kumpul Stamp Dan Lakukan Cabaran Untuk Dapatkan LEGO Edisi Terhad Petronas Towers
LEGO MY Play Festival menampilkan pelbagai pengalaman dan zon interaktif untuk diterokai dan dinikmati oleh pengunjung.- LEGO MY Play Festival Stamp Activity: Kumpulkan semua 6 setem untuk melengkapkan Kad LEGO MY Play Festival anda
- LEGO MY Play Festival Station Activities: Lengkapkan 4 aktiviti stesen untuk menebus binaan mini LEGO Petronas Twin Towers (hanya tersedia untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah)
- LEGO Minifigure Converter: Masuk ke dunia LEGO dengan menukar diri anda menjadi minifigure dan simpannya di telefon bimbit anda
- Photo Opportunities: Terokai acara dan ambil gambar dengan set permainan LEGO bersaiz sebenar dan paparan model 3D yang menakjubkan
- LEGO Play Area @ Suria KLCC Esplanade: Sertai kami di Suria KLCC Esplanade untuk aktiviti LEGO yang menyeronokkan dan mesra keluarga (hanya sehingga 4 Jun 2026)
- LEGO Retail Area: Temui promosi Hadiah-dengan-pembelian LEGO yang menarik.
Empat Zon Utama Yang Wajib Dicuba
Pengunjung boleh meneroka empat pengalaman utama:LEGO Friends Experience
Kanak-kanak boleh bermain dalam kawasan bertema taman air dengan gelongsor dan kawasan permainan interaktif.
LEGO NINJAGO Experience
Bagi peminat Ninjago, terdapat kawasan bertema ninja lengkap dengan ruang bergambar dan cabaran interaktif.
LEGO Creator Experience
Kawasan bertema karnival dengan roda Ferris besar dan aktiviti membina rekaan kreatif sendiri.
LEGO City Experience
Kanak-kanak boleh “membina pizza” mereka sendiri menggunakan LEGO dengan pelbagai pilihan topping imaginatif.
Tukar Diri Menjadi LEGO Minifigure
Satu lagi aktiviti yang pasti menjadi kegemaran ramai ialah LEGO Minifigure Converter. Pengunjung boleh mengambil gambar dan menukar wajah mereka kepada karakter LEGO digital sebagai cenderamata unik.
Ruby rasa bahagian ini memang akan jadi antara spot paling popular sebab semua orang mesti mahu simpan kenangan versi LEGO sendiri.
Peminat Bola Sepak Pun Ada Sebab Untuk Datang
Bersempena dengan kemeriahan FIFA World Cup 2026, kawasan Esplanade KLCC pula menampilkan LEGO Football Play Arena dengan suasana seperti stadium sebenar. Pengunjung boleh merasai pengalaman seperti pemain bola sepak yang berjalan keluar dari terowong stadium sebelum memasuki padang.
- Human Foosball Challenge
- LEGO Trophy Make & Take
- LEGO Jersey Make & Display
- Pelbagai ruang bergambar bertema bola sepak
Jualan Koleksi Eksklusif LEGO
Kempen ini akan mengetengahkan empat tema utama LEGO termasuk: LEGO City, LEGO Friends, LEGO Creator dan LEGO NINJAGO, yang menawarkan pelbagai pengalaman bermain untuk peminat LEGO dari semua peringkat umur.
Larian LEGO Pertama Di Asia Tenggara
Antara tarikan paling unik tahun ini ialah Suria KLCC x LEGO Play Run 2026 yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026. Larian keluarga sejauh 2KM ini bukan sekadar berlari tetapi dipenuhi dengan beberapa “play-stop” interaktif sepanjang laluan. Setiap peserta turut menerima kit larian eksklusif LEGO termasuk baju-T, beg, botol air dan medal penamat khas.
Berbaloi Bawa Anak-Anak Sempena Cuti Sekolah
Secara peribadi, Ruby rasa festival ini memang antara aktiviti yang sesuai dimasukkan dalam senarai cuti sekolah keluarga tahun ini. Bukan sekadar berjalan dan melihat pameran, tetapi anak-anak juga boleh bermain, bergerak aktif dan menggunakan imaginasi mereka.
Kadang-kadang dalam dunia yang terlalu bergantung pada skrin, pengalaman bermain secara fizikal seperti ini terasa lebih bermakna. Yang paling seronok, ibu ayah pun boleh sama-sama masuk “dunia LEGO” bersama anak-anak.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)











