Putrajaya, 22 Mei 2026 - Musim cuti sekolah kembali lagi, dan kali ini ibu bapa yang sedang mencari aktiviti menarik untuk anak-anak mungkin boleh memasukkan Karnival VIKids dalam senarai perancangan keluarga. Karnival tahunan yang dinanti-nantikan ini kembali dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan menyeronokkan serta bengkel kreatif yang sesuai untuk si kecil menikmati pengalaman cuti sekolah yang lebih bermakna.
Bermula dari 20 Mei sehingga 7 Jun 2026, Karnival VIKids di Alamanda Shopping Centre tampil dengan konsep yang cukup unik apabila Centre Court diubah menjadi sebuah dunia retro-futuristik yang diinspirasikan daripada suasana neon era 1980-an.
Bayangkan lantai bercorak hitam putih klasik, lampu neon berwarna-warni, pita kaset gergasi, boombox ikonik dan dekorasi pohon palma yang menghidupkan suasana nostalgia. Ia bukan sahaja menarik perhatian kanak-kanak, malah ibu bapa juga mungkin terasa seperti kembali ke zaman dahulu.
Sepanjang karnival berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk:
Lebih menarik, setiap hujung minggu akan dimeriahkan dengan tiga persembahan harian termasuk Tarian Neon yang penuh tenaga, pertunjukan silap mata serta badut belon yang pasti menghiburkan pengunjung cilik.
Menerusi Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma.
Bagi bukan ahli pula, keistimewaan sama boleh dinikmati dengan perbelanjaan RM500 dan ke atas. Pas Karnival ini memberikan akses percuma kepada beberapa permainan dan aktiviti terpilih.
Sementara itu, Karnival VIKids di Mesra Mall Kemaman berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2026 dengan pendekatan berbeza yang lebih menekankan kreativiti dan aktiviti amali.
Mengangkat tema dunia alat tulis yang menarik, kanak-kanak berpeluang menyertai bengkel DIY untuk menghasilkan pelbagai keperluan sekolah seperti:
Bengkel ini berlangsung setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang dan dibuka kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Selain itu, ahli VIKids yang berbelanja RM50 dan ke atas boleh menerima dua tiket masuk percuma ke bengkel tersebut. Ahli baharu yang mendaftar dengan perbelanjaan minimum RM100 pula turut berpeluang menerima beg hadiah set alat tulis eksklusif bagi 300 pendaftaran terawal.
Karnival VIKids tahun ini dilihat bukan sekadar acara hiburan semata-mata, tetapi turut memberi ruang kepada keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama sambil merangsang kreativiti anak-anak sepanjang cuti sekolah.

"Karnival VIKids dianjurkan khusus untuk memberikan nilai yang bermakna, pendidikan kreatif, serta kegembiraan tanpa had kepada komuniti kami sepanjang musim cuti sekolah ini," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan CEO Suria KLCC Sdn Bhd."Sama ada melalui tenaga neon karnival Alamanda yang memukau dan penuh nostalgia, mahupun bengkel kreatif amali di Mesra Mall, fokus kami kekal untuk menyediakan pengalaman berteraskan keluarga yang luar biasa demi membina kenangan percutian yang abadi."
Sepanjang karnival berlangsung, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk:
Empat stesen permainan pesta ria klasik
- Zon arked interaktif
- Bengkel seni dan kraf kreatif
- Persembahan hujung minggu
- Aktiviti keluarga yang interaktif
Lebih menarik, setiap hujung minggu akan dimeriahkan dengan tiga persembahan harian termasuk Tarian Neon yang penuh tenaga, pertunjukan silap mata serta badut belon yang pasti menghiburkan pengunjung cilik.
Ganjaran Eksklusif Untuk Ahli VIKids
Menerusi Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma.
Bagi bukan ahli pula, keistimewaan sama boleh dinikmati dengan perbelanjaan RM500 dan ke atas. Pas Karnival ini memberikan akses percuma kepada beberapa permainan dan aktiviti terpilih.
Mesra Mall Kemaman Tampil Dengan Bengkel Bertemakan Dunia Alat Tulis
Sementara itu, Karnival VIKids di Mesra Mall Kemaman berlangsung dari 22 hingga 26 Mei 2026 dengan pendekatan berbeza yang lebih menekankan kreativiti dan aktiviti amali.
Mengangkat tema dunia alat tulis yang menarik, kanak-kanak berpeluang menyertai bengkel DIY untuk menghasilkan pelbagai keperluan sekolah seperti:
- Jadual waktu sekolah
- Bekas alat tulis
- Pencil toppers
- Penanda buku kreatif