KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – TV AlHijrah terus memperkukuh peranannya sebagai stesen penyiaran Islam utama negara dengan membawakan rangkaian kandungan khas sempena musim Haji dan Aidiladha 1447H. Disusun bermula April hingga penghujung Mei 2026, kempen bertemakan “Arafah: Puncak Munajat & Harapan” ini mengetengahkan pengisian berteraskan ilmu, penghayatan rohani serta laporan semasa dari Tanah Suci.
Inisiatif ini bertujuan mendekatkan umat Islam di Malaysia dengan kemuliaan perjalanan ibadah haji, khususnya detik penuh keinsafan di bumi Arafah serta pengharapan terhadap rahmat dan keampunan Allah SWT.
Sebagai pembuka tirai, program Interaktif Haji bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9 malam bermula 20 April 2026. Program ini memberi kefahaman ibadah haji secara jelas dan praktikal bersama barisan asatizah seperti Ustaz Harryanto Rizal dan Ustazah Yusnah Yusuf, serta interaksi langsung bersama penonton melalui platform digital.
Seterusnya, Kisah Mutawif yang mula bersiaran pada 30 April 2026 setiap Khamis dan Jumaat, jam 10 malam, menampilkan Ustaz Izzhar Nazri dalam berkongsi pengalaman sebenar membimbing jemaah di Tanah Suci, termasuk kisah pengorbanan dan kesabaran.
Bermula 11 Mei 2026, kapsul khas Diari Labbaikallah pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, membawakan laporan semasa secara langsung dari Mekah. Ia merangkumi suasana ibadah, pergerakan jemaah serta detik penting sepanjang musim haji.
Kemuncak musim haji tahun ini pastinya siaran langsung Munajat Arafah pada 26 Mei 2026 (Selasa), jam 5 petang. Program khas ini menampilkan tausiyah, zikir dan munajat yang mengajak umat Islam menghayati kemuliaan Hari Arafah dalam suasana penuh keinsafan.
Pada hari yang sama, tumpuan utama terarah kepada siaran langsung Khutbah Arafah 2026 yang disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan kepada jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
Siaran ini akan ditayangkan sekitar jam 7 malam waktu Malaysia menerusi platform digital rasmi TV AlHijrah, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama merasai detik agung yang menghimpunkan jutaan umat Islam di Padang Arafah.
Dalam meraikan Aidiladha, program khas Peristiwa Hari Tasyrik akan bersiaran pada 28, 29 dan 30 Mei 2026 jam 9 malam. Ia mengupas hikmah tiga hari Tasyrik, termasuk kepentingan memperbanyakkan zikir serta penghayatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Selain itu, program pagi Assalamualaikum turut menampilkan segmen khas haji setiap hari jam 7 pagi, manakala Berita AlHijrah membawakan laporan harian musim Haji 1447H pada jam 8 malam dengan perkembangan terkini dari sumber sahih seperti Lembaga Tabung Haji dan pihak berkuasa Arab Saudi.
Keseluruhan rangkaian kandungan ini mencerminkan usaha TV AlHijrah sebagai jambatan rohani yang menghubungkan rakyat Malaysia dengan detik-detik penting umat Islam di seluruh dunia.
Melalui pendekatan menyeluruh merangkumi televisyen dan platform digital, TV AlHijrah terus komited memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap ibadah haji serta menyatukan ummah dengan ilmu dan penghayatan.

Rangkaian Program Istimewa Musim Haji 1447H

Kemuncak Siaran: Munajat & Khutbah Arafah 2026
Kemuncak musim haji tahun ini pastinya siaran langsung Munajat Arafah pada 26 Mei 2026 (Selasa), jam 5 petang. Program khas ini menampilkan tausiyah, zikir dan munajat yang mengajak umat Islam menghayati kemuliaan Hari Arafah dalam suasana penuh keinsafan.
Pada hari yang sama, tumpuan utama terarah kepada siaran langsung Khutbah Arafah 2026 yang disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan kepada jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
Siaran ini akan ditayangkan sekitar jam 7 malam waktu Malaysia menerusi platform digital rasmi TV AlHijrah, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut sama merasai detik agung yang menghimpunkan jutaan umat Islam di Padang Arafah.
Pengisian Aidiladha & Hari Tasyrik
Dalam meraikan Aidiladha, program khas Peristiwa Hari Tasyrik akan bersiaran pada 28, 29 dan 30 Mei 2026 jam 9 malam. Ia mengupas hikmah tiga hari Tasyrik, termasuk kepentingan memperbanyakkan zikir serta penghayatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Selain itu, program pagi Assalamualaikum turut menampilkan segmen khas haji setiap hari jam 7 pagi, manakala Berita AlHijrah membawakan laporan harian musim Haji 1447H pada jam 8 malam dengan perkembangan terkini dari sumber sahih seperti Lembaga Tabung Haji dan pihak berkuasa Arab Saudi.
Jambatan Rohani Untuk Ummah

Tags
Islam