Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Kuala Lumpur, 20 Januari 2026 – Bulan Ramadan bukan sekadar tentang berbuka puasa, tetapi juga ruang untuk refleksi, kesyukuran dan kebersamaan. Tahun ini, Sofitel Kuala Lumpur Damansara mengangkat semangat tersebut menerusi bufet istimewa ‘Destinasi Rasa Serantau’, yang berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026 di restoran santapan sepanjang hari mereka, Kwee Zeen. Bufet ini mengajak tetamu memperlahankan langkah, berkongsi hidangan di meja yang sama, dan menghargai warisan kulinari Malaysia menerusi perjalanan rasa yang sarat nostalgia dan keaslian.

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

14 Chef, 14 Inspirasi Kampung Halaman

Keunikan ‘Destinasi Rasa Serantau’ terletak pada konsepnya yang meraikan 14 chef dengan 14 inspirasi kampung halaman, menjadikan setiap hidangan sebagai penghormatan kepada memori, budaya dan rasa tempatan dari seluruh Malaysia.

Antara hidangan ikonik yang mencuri tumpuan ialah Beef Rendang Wellington, diinspirasikan daripada siluet klasik kapal stim. Rendang daging yang dimasak perlahan dengan rempah ratus aromatik dibalut pastri keemasan yang rangup, gabungan rasa tradisi dan persembahan moden, eksklusif dari Jumaat hingga Ahad.

Bufet ini turut menampilkan barisan hidangan istimewa yang diketuai oleh Chef de Cuisine, Chef Hamizan, antaranya:

  • Asam Pedas Peranakan Ekor Lembu (Melaka)
  • Peha Lembu Bakar Bumbu Minangkabau (Negeri Sembilan)
  • Kambing Golek Bumbu Jawa (Selangor)
  • Udang Galah Masak Diraja (Kuala Lumpur)
  • Nasi Dagang Ikan Tongkol (Terengganu)
Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Jelajah Rasa Dari Setiap Negeri


Pengalaman berbuka di Kwee Zeen dilengkapkan dengan hidangan serantau lain seperti:

Ketupat Sotong Sumbat Ubi Keledek (Kelantan), Patin Masak Lemak Tempoyak (Pahang), Nasi Biryani Gam Berlauk (Johor), Popiah Basah Makanan Laut (Wilayah Persekutuan), Rendang Tok Rusuk Lembu Angus (Perak), Gulai Tiga Beradik (Kedah), Nyonya Mee Udang Galah (Pulau Pinang), Ikan Bakar Kampung (Perlis), Ayam Dara Pansuh (Sarawak) dan Kerabu Makanan Laut (Sabah).

Sebagai pelengkap, pilihan pencuci mulut tempatan dan antarabangsa turut disediakan untuk menutup hidangan berbuka dengan manis.


Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Durian Percuma Tanpa Had Setiap Hujung Minggu


Istimewa untuk peminat durian, tetamu bufet boleh menikmati durian percuma tanpa had di Durian Station, Le Bar Terrace, setiap Jumaat hingga Ahad, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam. Tawaran ini termasuk dalam harga bufet, satu keistimewaan yang jarang ditawarkan, menjadikan pengalaman berbuka lebih meriah dan santai dalam suasana komuniti.



Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Harga, Promosi & Info Tambahan


Bufet Ramadan 2026: Sofitel Kuala Lumpur Damansara Hidangkan ‘Destinasi Rasa Serantau’ dan Durian Percuma

Bufet makan malam ‘Destinasi Rasa Serantau’ ditawarkan pada harga:

  • RM228+ seorang (Isnin – Khamis)
  • RM248+ seorang (Jumaat – Ahad)
  • Kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun menikmati harga separuh, manakala bawah 6 tahun makan percuma.
Turut ditawarkan Hamper Istimewa Ramadan bermula RM268+ seunit. Untuk sambutan Aidilfitri, Raya Open House diadakan dari 20 hingga 22 Mac 2026, dengan:

  • Raya Brunch: RM138+ seorang
  • Raya Dinner: RM228+ seorang

Dengan konsep yang menekankan warisan rasa, variasi hidangan negeri ke negeri serta tambahan durian percuma tanpa had, ‘Destinasi Rasa Serantau’ di Sofitel Kuala Lumpur Damansara tampil sebagai salah satu destinasi bufet Ramadan yang lengkap – sesuai untuk keluarga, rakan sekerja mahupun majlis berbuka korporat yang mengutamakan kualiti dan pengalaman. 

Untuk tempahan dan pertanyaan, tetamu boleh menghubungi +603 2720 6688, WhatsApp +6017 511 7725 atau e-book: https://tr.ee/_K-gsyPL-b
Terbaru Lebih lama