Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 dianjurkan oleh Malaysian Marathon Official Sdn. Bhd. (Malaysia Marathon), sebuah syarikat acara sukan dan gaya hidup yang komited mempromosikan komuniti, budaya dan keseimbangan hidup melalui aktiviti larian serta berjalan kaki.
Setelah kejayaan acara MSMR pada 8 Februari di Menara Berkembar Petronas sempena Hari Wilayah dengan larian Fun Run 5KM dan 3KM, acara ini kemudian diteruskan di Metrocity, Kuching pada 19 Julai sebelum melabuhkan tirai dengan edisi kemuncak pada 20 September di Kuala Lumpur bersempena Hari Malaysia. Kali ini, MSMR memperkenalkan segmen baharu iaitu 5KM Malaysia Speed Race selain mengekalkan 5KM Fun Run yang terbuka untuk semua.
Larian Budaya & Muzik
MSMR bukan sekadar larian 5KM, tapi sebuah perjalanan penuh tradisi. Peserta melalui zon budaya interaktif yang diwarnai muzik tradisional, seni persembahan dan tarikan paling unik dengan hidangan 40,000 kuih-muih dari seluruh Malaysia!
- Zon Borneo: apam butter, bingka jagung, puding gula merah
- Zon Utara: seri muka, talam keladi, pulut sambal
- Zon Selatan & Pantai Timur: puteri ayu, kuih bakar, kole kacang, talam suji.
Bayangkan setiap hentian macam mini muzium budaya hidup yang boleh dirasa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing berkata, “Inilah semangat Hari Malaysia, diraikan dari akar umbi melalui apa yang kita pakai, apa yang kita makan, dan bagaimana kita bergerak bersama. MSMR adalah model pelancongan berasaskan budaya yang menarik, seiring usaha menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.”
Sementara itu, Eddy Casmady, Presiden Malaysia Marathon dan pengasas MSMR, berkongsi “Kami tidak pernah melihat MSMR sekadar perlumbaan. Ia adalah platform rakyat Malaysia menunjukkan rasa bangga terhadap budaya, komuniti dan masa depan kita bersama.”
“Larian ini mewakili wajah baharu pelancongan Malaysia. Mengasyikkan, ekspresif dan berakar umbi budaya,” kata Presiden Jetour Malaysia, Ke Chuandeng.
Shamsul Bahrine Zainuzzaman, Pengarah Keretapi Sarong & Pengarah Bersama LOCCO berkata, “Kejayaan acara ini lahir daripada sokongan padu komuniti dan keunikan budaya tempatan. Budaya tidak seharusnya terkurung di muzium semata-mata, sebaliknya perlu dihidupkan kembali di jalanan. Dengan cara ini, semangat cinta terhadap budaya dan sejarah dapat dirasai, dihargai serta diamalkan dalam kehidupan seharian rakyat.
Tahun ini, kami bawakan pengalaman istimewa dengan empat checkpoint makanan tradisi mengikut zon Borneo, Utara, Selatan dan Pantai Timur, selain pertunjukan budaya yang meriah di sepanjang laluan. Semua ini menjadikan Malaysia Sarong Music Run bukan sekadar larian, tetapi sebuah perayaan identiti kita sebagai rakyat Malaysia.”
Aktiviti & Sorotan MSMR 2025
- Malaysia Speed 5KM Race: kategori kompetitif baharu, khas untuk pelari tempatan.
- EKI Jetour x BSC Sarong Relay (9 Sept): acara relay yang penuh gaya.
- 5KM Fun Run: terbuka untuk semua, termasuk pelancong antarabangsa dan keluarga.
Enjoy Persembahan Di Pentas Utama
Pada Februari lalu, Ruby terlepas menyertai keseronokan di Pentas Utama selepas selesai larian. Lokasi di KLCC di hadapan Menara Berkemabar Petronas sangat ikonik! Rugi jika tidak santai-santai layan muzik. Kali ini, Ruby tidak akan pulang awal. Ruby akan berkampung di sini. Nak solat boleh masuk Suria KLCC atau AvenueK. Toilet pun ada di sini. Boleh dikatakan lokasi ini sangat selesa dan selamat.Penaja & Rakan Acara
MSMR 2025 disokong penuh oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kolaborasi LOCCO.- JETOUR Malaysia – Penaja Utama & Kereta Rasmi
- Sri Talamaz – Pembekal Kuih Rasmi
- Oatside – Minuman Berasaskan Tumbuhan Rasmi
- Le Minerale – Air Mineral Rasmi
- ASICS – Kasut Rasmi
- Hameediyah Restaurant – Nasi Kandar Rasmi
Kami Dah Ambil Race Pack
Bertempat di Kompleks Kraf, Ruby dan anak-anak ambil pek larian selepas habis kerja. Musim cuti sekolah, anak-anak paling teruja nak ambil pakaian larian MSMR. Alhamdulillah kami dapat meneruskan hobi berlari bersama sampai hari ini.
MSMR 2.0 membuktikan bahawa larian bukan sekadar aktiviti sihat, tetapi boleh jadi wadah meraikan budaya, tradisi dan perpaduan. Dengan sarong di pinggang, kuih di tangan dan senyuman di wajah, inilah Malaysia yang kita banggakan.
Selaras dengan Visit Malaysia 2026, MSMR menjadi pentas untuk memperkenalkan tradisi, budaya, warisan, kepelbagaian dan semangat Malaysia kepada peserta tempatan serta pelancong antarabangsa. Malaysia Marathon dan LOCCO terus komited menganjurkan acara yang selamat, menyeronokkan dan penuh makna, sekali gus memperkukuh ikatan komuniti dan menyumbang kepada landskap pelancongan sukan serta budaya negara.
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.