DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL

DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL

Ruby
0
DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL | Assalammualaikum semua! Beruntungnya ibu bapa muda zaman sekarang. Banyak sumber pengetahuan dan inisiatif murni diadakan bagi membantu mereka menjaga persekitaran yang bersih untuk bayi. Seingat Ruby, semasa anak-anak masih bayi adalah waktu paling risau jika rumah berhabuk, persekitaran kotor dan barang yang tidak berkemas. 

Masa ini adalah waktu semua perkara bayi ingin teroka. Paling menakutkan apabila semua barang dicapai mesti masuk ke dalam mulut. Alat permainan jangan cerita lah kan. Memang semua dia nak jilat. Alat kawalan jauh yang kita selalu pegang tu pun mereka masuk mulut. Situlah paling banyak kuman. Boleh dikatakan kami semua sentiasa pegang alat kawalan jauh. Risaunya  apabila anak jatuh sakit. 

DETTOL MEMBANTU IBU BAPA BARU LINDUNGI SI KECIL



Dettol edar ‘kit perlindungan bayi’ kepada ibu bapa baru di klinik dan hospital untuk memastikan perlindungan kepada si kecil pada setiap masa.

Sebagai jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai di dunia, Dettol Malaysia telah memulakan satu misi untuk membantu ibu bapa baru melindungi anak kesayangan mereka yang baru lahir terutamanya dalam tempoh semasa bayi. 

Menurut Global Hygiene Council, sistem imun bayi yang baru lahir hanya mula menghasilkan antibodi sendiri pada usia dua hingga tiga bulan. 

Sehinggalah jadual vaksinasi bermula, bayi amat mudah terdedah kepada jangkitan lazim termasuklah jangkitan pernafasan seperti demam dan selsema, serta jangkitan gastrousus, seperti cirit-birit dan muntah-muntah. 

Selain daripada meneruskan penyusuan susu ibu, jika boleh, penting untuk ibu bapa melindungi bayi daripada potensi jangkitan dalam sekitar rumah yang mana 78% daripada mainan kanak-kanak mengandungi jangkitan daripada mikroorganisma.

Untuk memastikan ibu bapa bersedia dengan penyelesaian yang terbaik untuk memastikan persekitaran yang selamat daripada bakteria berbahaya, Dettol Malaysia telah memulakan satu program untuk menyerahkan lebih 240,000 ‘kit perlindungan bayi’ kepada para ibu baru. 

Kit ini membenarkan ibu bapa menyahjangkit dan membersih setiap inci rumah mereka dalam penyediaan menyambut ketibaan si kecil di rumah.

“Dalam persekitaran kita, kita terdedah kepada beratus-ratus antigen dalam seharian, daripada habuk, debu, virus kepada bakteria. Sebagai pakar kebersihan, kami memahami kesukaran yang dilalui ibu bapa untuk memastikan keluarga mereka dilindungi sama ada di dalam dan juga di luar rumah. 

Dengan Dettol, jenama perlindungan kuman yang paling dipercayai yang membasmi 99.99% virus, bakteria dan varian Omicron COVID-19, ibu bapa dengan mudah rasa yakin, terjamin dan tenang untuk menggunakannya pada setiap hari. 

Kita kurang jatuh sakit apabila perlindungan mudah didapati terutamanya dengan barisan produk Dettol yang meluas, dan kami percaya bahawa kami berada di kedudukan yang terbaik untuk melindungi masyarakat Malaysia, ibu bapa termasuklah bayi, dalam mengejar dunia yang lebih sihat dan bersih,” komen Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran bagi Health & Hygiene Malaysia, Singapura dan Vietnam. 

DETTOL ANTIBACTERIAL LIQUID AND DISINFECTANT


Dettol turut mengesyorkan penggunaan penyembur Dettol Antibacterial Liquid & Disinfectant pada permukaan dan pakaian bagi memastikan perlindungan bayi di tahap optimum:

Fokus kepada membersihkan kaunter meja, lantai dan apa-apa yang mungkin disentuh anak anda. Selain daripada menyapu dan membersih habuk, anda juga perlu menyahjangkit permukaan-permukaan yang diguna pada setiap hari untuk membunuh kuman atau kotoran yang ada. 

Permukaan dalam rumah selalu digunakan dan akibatnya, permukaan ini menjadi kawasan utama bagi virus dan kuman yang boleh menyebabkan anak atau ibu bapa jatuh sakit. Penggunaan disinfectant spray boleh mengurangkan penyebaran kuman ini.

Penting untuk membasmi kuman sebelum tersebar. Pakaian bayi kotor yang diletakkan di dalam bakul pakaian kotor mudah terdedah kepada pertumbuhan kuman terutamanya apabila dibiarkan dalam tempoh yang lama. 

Membasuh pakaian dengan bahan cuci antibakteria yang selamat pada kulit boleh menghalang penyebaran kuman dan memberi keselesaan kepada anak anda.



Tangan yang bersih adalah kuncinya. Penting untuk anda kerap membasuh tangan, terutamanya selepas menyalin lampin, menggunakan tandas dan sebelum menyediakan formula, botol- atau penyusuan susu ibu kepada anak. Penting juga bagi pengasuh bayi anda untuk peka dengan vaksinasi mereka.

Vaksinasi dapat membentuk perlindungan di persekitaran anak anda sehingga sistem imun mereka berkembang.

Hadkan interaksi anak anda. Disebabkan bayi baru lahir sensitif kepada persekitaran dan orang baru, ibu bapa dinasihatkan meminimumkan ziarah-menziarahi sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu pertama. 

Anak anda tanpa disedari boleh dijangkiti dengan penyakit serius atau boleh membawa maut melalui pendedahan kepada orang baru. 

Cuba untuk tidak membenarkan orang baru untuk mencium atau memeluk si kecil sementara anak anda menguatkan sistem imunisasi mereka kerana mereka masih belum dilindungi dengan vaksin. 

Jika tetamu anda tidak terdiri daripada kalangan ahli rumah, sediakan tisu basah antibakteria di atas meja atau di kawasan pintu masuk supaya tetamu boleh menggunakannya bagi mengehadkan penyebaran kuman sebelum berjumpa si kecil.

Bawa jumpa doktor jika demam dengan suhu 38°C atau lebih bagi bayi baru lahir kurang dari 3 bulan (terutamanya bayi berusia 1 hingga 2 bulan) kerana bayi ini memerlukan perhatian perubatan dengan segera. 

Untuk kanak-kanak yang lebih berusia, jumpa doktor jika demam lebih daripada beberapa hari atau demam tidak kebah dengan ubat penurun demam. 

Banyak virus dan penyakit lain yang boleh diuruskan di rumah. Ibu bapa tidak akan sentiasa dapat melindungi anak mereka daripada setiap kuman di dunia ini. 

Jatuh sakit adalah sebahagian daripada kehidupan, terutamanya dalam usia beberapa tahun pertama, namun untuk perlindungan yang lebih baik, Dettol ada bersama para ibu bapa.

MENGENAI DETTOL


Dettol telah menjadi nama yang dipercayai untuk perlindungan kuman selama lebih 80 tahun, membantu mencegah penyebaran kuman melalui produk antiseptiknya yang terkenal di seluruh dunia. Sains dan kepakaran kami melangkaui produk kami kepada mikrobiologi termaju pada keupayaan penyelidikan global.

Makmal dan perkongsian kami di seluruh dunia, membolehkan kami memahami cara kuman merebak dan memberi tumpuan kepada cara mencegah kuman ini daripada menjangkiti orang.

Misi kami adalah untuk membantu menjaga kesihatan keluarga di seluruh dunia melalui mengamalkan amalan kebersihan yang lebih baik. 

Kami terus bersemangat tentang kesihatan dan cara kami bekerjasama dengan rakan kongsi dan persatuan perubatan di seluruh dunia untuk memacu perubahan tingkah laku bagi mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan.

Hari ini, Dettol ialah jenama Perlindungan Kuman #1 di dunia.

MENGENAI RECKITT


Reckitt wujud untuk melindungi, menyembuhkan dan memupuk dalam usaha gigih mengejar dunia yang lebih bersih dan sihat. Kami percaya bahawa akses kepada kebersihan, kesihatan dan khasiat berkualiti tinggi adalah hak, bukan keistimewaan.

Reckitt ialah syarikat di sebalik beberapa jenama pengguna yang paling dikenali dan dipercayai di dunia dalam aspek kebersihan, kesihatan dan pemakanan, termasuk Air Wick, Dettol, Durex, Enfagrow A+, Enfamama A+, Finish, Gaviscon, Harpic, Lysol, Mortein, Mucinex, Strepsils, Vanish, Veet, Woolite dan banyak lagi.

Setiap hari, lebih daripada 20 juta produk Reckitt dibeli di seluruh dunia. Kami sentiasa mengutamakan pengguna dan orang ramai, mencari peluang baharu, berusaha untuk kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan dan membina kejayaan bersama dengan semua rakan kongsi kami. 

Kami berhasrat untuk melakukan perkara yang betul, sentiasa. Kami adalah pasukan global yang pelbagai dengan lebih daripada 43,000 rakan sekerja. 

Kami menggunakan tenaga kolektif kami untuk memenuhi cita-cita kami untuk jenama yang diterajui tujuan, planet yang lebih sihat dan masyarakat yang lebih adil. Ketahui lebih lanjut, atau hubungi kami di www.reckitt.com.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !