ALIZA ALI CEO CHATIME MALAYSIA DARI KUALA PILAH KE HONG KONG

ALIZA ALI CEO CHATIME MALAYSIA DARI KUALA PILAH KE HONG KONG

Ruby
0
ALIZA ALI CEO CHATIME MALAYSIA DARI KUALA PILAH KE HONG KONG | Assalammualaikum semua. Sejak Chatime Malaysia menyerikan industri F&B kita, minuman berasaskan pearl dan minuman teh ini sering menjadi pilihan. Keseimbangan dalam menyediakan promosi berlanjutan dan mengikut trend, Chatime Malaysia sentiasa tampil dengan minuman dan makanan lain dari yang lain. 

Bukan teh sahaja, minuman berasaskan buah-buahan, coklat, kopi, bijirin, Smootea, susu dan soda juga turut ada. Kombinasi dari pelbagai bahan membuatkan Chatime Malaysia digemari ramai.

Perkataan 'cha' bermaksud 'teh'.  Jadi secara teknikal 'chatime' boleh diterjemahkan kepada 'teatime'.  Tetapi hari ini, dengan lebih 1000 lokasi di seluruh dunia, Chatime™ bermakna lebih daripada itu. 

ALIZA ALI CEO CHATIME MALAYSIA DARI KUALA PILAH KE HONG KONG



Selepas kemenangan besar Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar. Hari ini, Aliza Ali, CEO kepada Chatime Malaysia, telah mencatat satu lagi pencapaian buat Malaysia! Menjadi WANITA MALAYSIA PERTAMA yang dijemput sebagai penyampai di Bursa Saham Hong Kong (HKEX). 

Ini merupakan satu kejayaan bagi anak tempatan, kerana berjaya membawa nama Malaysia sebaris dengan jenama terkemuka dunia seperti ALIBABA dan Yum China (KFC & Pizza Hut). Bermula pada tahun 2011 dengan hanya 2 cawangan Chatime, kini mereka terus berkembang mempunyai lebih daripada 100 cawangan! 


Aliza Ali juga telah memperkenalkan 3 lagi jenama terbarunya iaitu Hello – frozen yogurt, Hotbox – sausage & fries dan GoBerry – minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Singapura. Sekaligus, membuktikan bahawa beliau terus komited memberikan saingan kepada jenama lain yang berada dipasaran.


“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.” Tambahnya, 

“Saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga. Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad. Ini adalah pengingat bahawa, tidak kira betapa menakutkan cabaran yang muncul, kita dapat mengatasinya melalui kerja keras dan fokus yang konsisten.”

#fromKualaPilahtoHongKong

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !