GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO MENYINGKAP SALASILAH SENJATA NUSANTARA

GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO MENYINGKAP SALASILAH SENJATA NUSANTARA

Ruby
0

GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO MENYINGKAP SALASILAH SENJATA NUSANTARA | Assalammualaikum semua. Jom sambung lagi cerita tentang lawatan yang Ruby join pada Disember 2022 lalu. Hari pertama kami di Selama, Perak sangat menarik. Selepas makan tengahari di Restoran Nasi Ayam Hainan Gulai Kawah, kami ke Galeri Keris Pak Din Komando yang terletak di Kampung Bangan Baru, Selama, Perak. Pak Din sudah bertukang selama lebih 35 tahun setelah menamatkan perkhidmatan sebagai Komando Tentera Darat.

Keris merupakan senjata yang digunakan sejak abad ke-9. Bermula dari Pulau Jawa, terus ia menyebar cara penggunaannya ke seluruh Nusantara. Ia telah terbukti wujud melalui ukiran gambaran keris yang terdapat di Candi Borobudur.

GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO MENYINGKAP SALASILAH SENJATA NUSANTARA


Keris terbina dari tiga bahagian utama, pertama adalah mata atau bilah “wilah”, pangkal “hulu”, dan sarung “warangka”. Digunakan sebagai senjata untuk melindungi diri dan digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu adalah Keris Taming Sari yang merupakan senjata yang digunakan oleh Hang Tuah. Hang Tuah merupakan seorang pahlawan Melayu yang termasyhur. 

Penjagaan Keris adalah perkara asas bagi melindungi dan menjaga kualiti senjata tersebut. Melalui tradisi Jawa untuk menjaga Keris iaitu amalan Melayu tradisional. Keris perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, seperti malam Jumaat misalnya. 

Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri. Sebagai contoh, pemilik Keris itu sendiri adalah pengguna persendirian. Tidak boleh dikongsi atau beri kepada sesiapa sahaja. 

Keris telah diiktiraf sebagai Karya Agung Warisan Budaya Kemanusiaan Dan Tidak Ketara yang berasal Indonesia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak 2005 dan versi mutakhir pada 2008. 

GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO MENYINGKAP SALASILAH SENJATA NUSANTARA

Alhamdulillah di Malaysia kita ada Encik Abdul Wahab Bin Hassan atau dikenali sebagai Pak Din Komando. Beliau masih meneruskan seni pembuatan keris dan sarung. Walaupun sibuk membuat tempahan Keris, beliau juga menguruskan galeri untuk kunjungan masyarakat umum.

Pak Din Komando juga mempunyai pelbagai koleksi barangan antik yang telah dijaga bertahun lamanya. Di antara koleksi yang dimiliki beliau adalah kayu surian batu, keris-keris lama, gobek api lama, kereta dan motor antik, gramophone piring hitam, pedang, senjata dan pelbagai barangan antik lain.

Gobek Api Lama


Anak Penumbuk

Anak Penumbuk merupakan tembaga yang diperbuat pada Februari 1983 oleh Tok Guru kepada Pak Din di Terengganu dengan cara meramas seperti tanah liat agar menjadi bentuk sepeti itu. Kemudian ia dibersihkan. Ilmu kebal apa yang digunakan oleh Tok Guru sehingga boleh tahan panas tangannya? MasyaAllah hebat ilmu orang zaman dulu.  

Seni pembuatan keris dan sarung juga merupakan warisan turun temurun daripada keluarga Pak Din sendiri yang merupakan seorang bekas komando. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai tentera, beliau melalukan kerja-kerja kampung seperti bercucuk tanam dan menternak haiwan.

KAYU SURIAN BATU


Pak Din juga telah membuat kajian berkenaan kayu surian yang mengambil masa selama 5 tahun. Hasil kajian tersebut membolehkan Pak Din memperkenalkan kayu surian ini secara eksklusif. 

Antara tempat yang sesuai untuk menanam pokok Surian Batu ini ialah di kawasan Larut Taiping kerana suhu di kawasan tersebut sesuai untuk tanaman ini. Pokok Surian Batu ini juga tumbuh di kawasan-kawasan seperti tepi sungai dan kawasan yang bergunung-ganang.

Selain itu, Pak Din mempunyai lebih 100 koleksi keris yang dipamerkan di galerinya. Pembuatan keris dan sarung dihasilkan di bengkel yang diberi nama Bengkel Surian. 

BILAH KERIS TIDAK BOLEH DISENTUH SEMBERONO


Kita semua sentiasa ada sifat ingin tahu. Namun, apabil berkenaan barangan pusaka, tajam dan merbahaya. Eloklah hanya dengan melihat sahaja. Tidak perlu disentuh, bimbang mengundang padah.

Ini kerana besi Keris mengandungi racunnya. Sebab itu, sesiapa yang terkena cedera dari Keris, pasti terus mati. Kadar arsenik pada besi Keris perlu kita ambil berat. Hal ini bukan sahaja untuk membunuh pihak lawan. Namun, ia juga sering dicium ketika acara ritual adat isitadat. Bimbang telah diwarangi dengan racun dan bisa. Jika ingin cium, hanya di pangkal sahaja. Bukan cium di bilah Keris. 


Pedang Samurai di atas merupakan peninggalan Askar Jepun. Menurut Pak Din, pedang ini dibuat pada tahun 1929 sebelum Perang Dunia ke-2. Pedang ini dimiliki oleh insan yang terpilih melakukan tugasan pancung kepala orang yang diarahkan oleh pemerintah pada zaman tersebut. Ia adalah Anugerah terbesar kepada Kolonel dan apabila tugasan tidak dapat diselesaiksm, maka pemilik akan bunuh diri dengan pedang tersebut kerana malu tidak dapat menyelesaikannya.


Pak Din masih menerima tempahan bagi ukiran sarung senjata Melayu tradisional seperti golok, keris, pedang dan lain-lain.

Galeri Keris Pak Din Komando
Lot 1718, 
Kampung Bagan Baru, 
Ijok, Batu Kurau, 
Perak Darul Ridzuan
Kadar Bayaran: RM 5 seorang.

“Program Lawatan Produk Eko-Pelancongan (Homestay, Water Rafting, Climbing, Caving) di Selama - Gopeng, Perak Darul Ridzuan pada 6-9 Disember 2022 anjuran Unit Nature Adventure, Tourism Malaysia dengan kerjasama Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama, Selama Rafting dan Gua Tempurung Extreme. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk merancang percutian ke Selama & Gopeng, Perak.”

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !