SHAFIE SHAMSUDDIN DILANTIK PENGERUSI KUMPULAN SITI KHADIJAH

SHAFIE SHAMSUDDIN DILANTIK PENGERUSI KUMPULAN SITI KHADIJAH

Ruby
0
SHAFIE SHAMSUDDIN DILANTIK PENGERUSI KUMPULAN SITI KHADIJAH | Setelah 13 tahun menerajui Siti Khadijah oleh pasangan Tuan Aminuddin dan Puan Fadzilah, pengasas SK. Siti Khadijah Holding Sdn Bhd telah melantik Pengerusi baharu berkuatkuasa serta merta. Peranan masih sebagai Pengasas dalam SK dengan membantu memantau, memberi idea, penasihat dan senarai Ahli Lembaga Pengarah.

Puan Fadzilah berkongsi bahawa beliau tidak lepas tangan 100%, malah sama-sama bekerjasama. Cuma tidak berada di barisan hadapan seperti sebelum ini. Pengasas jenama amat penting, mereka mencetus idea dan melalui cabaran perniagaan dari peringkat permulaan penubuhan.

Pengasas juga perlu mendengar dan menerima nasihat mengikut peredaran masa dan bersedia untuk menghadapi pelanggan pada masa hadapan. Ketika pandemik SK tidak berhenti, malah memperkasa jualan dalam talian. Setiap tahun peningkatan demi peningkatan telah SK usahakan. Dari sekecil kedai, hingga ke 3,000 kaki persegi. 

Perniagaan SK, adalah perniagaan keluarga yang membawa dakwah Rasulullah s.a.w dan syiar Islam kepada seluruh ummah. Terus menyokong Siti Khadijah dan produk-produknya agar ia mampu untuk ke peringkat antarabangsa dengan lebih yakin. InsyaAllah. 

SHAFIE SHAMSUDDIN DILANTIK PENGERUSI KUMPULAN SITI KHADIJAH


Siti Khadijah Holding Sdn Bhd. amat berbesar hati mengumumkan pelantikan pengerusi iaitu Shafie Shamsuddin, 52, yang berpengalaman luas dalam dunia korporat di dalam dan luar negara.
 
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Munzir Aminuddin berkata, pelantikan pengerusi itu selaras dengan strategi baru syarikat yang ingin terus bergerak pantas memperkukuhkan kedudukan dan mengembangkan empayar perniagaan Siti Khadijah sebagai pengeluar produk Islamik terunggul.

“Siti Khadijah memerlukan kepimpinan yang berpengalaman untuk memperkukuhkan kedudukan syarikat. Ini adalah masa yang sangat sesuai untuk melantik pengerusi kepada kumpulan Siti Khadijah sejajar strategi pemasaran syarikat yang baharu, sekali gus pelancaran konsep butik terkini di IOI City Mall. Kami juga percaya dengan pengalaman yang beliau ada, dapat memacu kejayaan Siti Khadijah ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan”, kata Munzir.
 

Sementara itu, Shafie bersyukur di atas pelantikan itu yang memberinya peluang untuk menyumbang buah fikiran serta pengalaman kepada jenama Siti Khadijah yang berpotensi besar untuk berkembang bukan saja di dalam negara malah pada peringkat antarabangsa.

“Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur atas pelantikan ini. Saya suka dengan semangat dan tenaga Kumpulan Siti Khadijah (SKG) terutamanya semangat keusahawanan pengasasnya, Puan Padzillah Enda Sulaiman dan Encik Aminuddin Mohd Nasir yang sangat merendah diri dan ikhlas berkongsi kejayaan mereka dengan saya.” ujar beliau.

Shafie juga yakin dan percaya kolaborasi bersama pasukan Siti Khadijah yang dinamik, kreatif, dan bersemangat akan terus memberi manfaat kepada para pelanggan Siti Khadijah.

“Saya percaya kami mempunyai pasukan yang dinamik, kreatif dan bersemangat dalam SKG yang diketuai Mohammad Munzir. Dengan perkongsian ini, kami akan bersama-sama membangunkan "ekosistem pengguna baharu" yang akan melangkaui sempadan negara. Kami juga bercita-cita untuk memupuk gaya hidup bermanfaat kepada semua pelanggan Siti Khadijah,” katanya.

LATAR BELAKANG SHAFIE SHAMSUDDIN


Shafie Shamsuddin (52 tahun) berasal dari Singapura, adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad & AEON Big Sdn Bhd ketika pandemik Covid-19 yang berakhir sehingga 30 Jun 2022. 

Beliau telah berjaya mengemudi salah satu peruncit dan pusat beli-belah terbesar di Malaysia itu melalui strategi transformasinya dengan perkongsian menang-menang dalam ekosistem pengguna.

Shafie juga ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan dan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran Petronas Dagangan Berhad (PDB), cabang pemasaran utama PETRONAS yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

Selain itu, Shafie juga pernah menjadi Lembaga Penasihat untuk Alumni Nanyang Business School di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Singapura dari 2014 hingga 2021. Selepas tamat pengajian dari NTU, beliau menyertai Carrefour Singapura sebagai pelatih pengurusan dan menjadi CEO Asia pertama Carrefour pada usia 35 tahun.

Beliau pernah menerajui Carrefour di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Shafie juga pernah berpangkalan di Paris sebagai Pengarah Eksekutif Pengurusan Bakat Global dan Pembangunan Organisasi dalam Kumpulan Carrefour.

Shafie mempunyai pengalaman yang luas dalam ekosistem pengguna dan pembangunan modal insan dengan lebih 25 tahun pengalaman di rantau ASEAN.

Anugerah:

i. Anugerah Jauhari Achiever 2010, Berita Harian Singapore
ii. Best Chief Executive Officer Overseas 2016, Business Times Singapore
iii. Nanyang Alumni Achievement 2018, Nanyang Technological University Singapore. iv. Chief Executive Officer of the year in the 17th Retail Asia Awards 2022.


Tahniah SK! Jom sokong jenama tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !