2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILES

2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILES

Ruby
0

2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILES | Assalammualaikum semua. Pada 15 Julai 2022 telah berlangsung pelancaran program tahunan yang dinantikan oleh semua peminat sukan Walk A Miles / Walk A Million Miles. Sejak diadakan program ini, kerjasama bersama Yayasan Jantung Malaysia memberi banyak kesedaran betapa pentingnya kesihatan jantung. 

Dari Walk A Miles ke Walk A Million Miles yang bermula pada 2020 ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19. Tahun ini merupakan tahun ke-21. NESTLÉ OMEGA PLUS telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia dengan berjalan bersama demi memerangi penyakit jantung sempena Bulan Jantung Sedunia ini.

2022 Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles


2022 NESTLÉ OMEGA PLUS WALK A MILLION MILES

Acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS kembali lagi September ini buat tahun ketiga berturut-turut. Acara akan berlangsung selama sebulan bermula 1 September 2022. Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memperkasakan rakyat Malaysia untuk  mula melangkah menuju ke arah negara yang mempunyai jantung yang sihat. 

NESTLÉ OMEGA PLUS juga akan menyumbangkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan. Ini akan dilaksanakan setelah jumlah langkah yang terkumpul sepanjang acara berlangsung mencecah satu juta batu.

Acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS yang berlangsung selama sebulan bakal kembali memeriahkan September ini untuk tahun ketiga berturut-turut. Bertemakan ‘Jom Malaysia, Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, Walk A Million Miles 2022 bertujuan memupuk keprihatinan rakyat Malaysia di seluruh negara untuk memelihara kesihatan jantung dan sama-sama berjalan selama 30 hari sempena Bulan Jantung Sedunia ini.

“Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kolesterol tinggi menjejaskan lebih 8 juta orang dewasa di Malaysia dan merupakan faktor risiko utama penyakit jantung, iaitu pembunuh nombor satu di negara ini. 

Sebagai peneraju produk kesihatan jantung di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS telah memacu kesedaran kesihatan jantung selama lebih 20 tahun dengan mengetengahkan isu-isu berkaitan kesihatan jantung, term`asuk kolesterol tinggi. 

Justeru, kami bergabung tenaga dengan rakan kerjasama seperti Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) untuk menganjurkan acara seperti Walk A Million Miles,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif NESTLÉ Malaysia.

“Setakat ini, lebih 25,000 rakyat Malaysia telah menyertai acara Walk A Million Miles NESTLÉ OMEGA PLUS dari seluruh negara dan berjalan sejauh lebih 2.5 juta batu menerusi dua edisi acara sebelum ini. Tahun ini, kami ingin menggalakkan lebih ramai lagi untuk menyertai kami dalam usaha memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi. 

Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bukan sahaja menjaga kesihatan jantung diri mereka, malahan menggalakkan keluarga, sahabat handai serta rakan-rakan sekerja mereka untuk bersama-sama kami dalam perjalanan ke arah negara yang sihat jantung,” tambahnya. 

NESTLÉ OMEGA PLUS KOMITED BEKERJASAMA DENGAN YAYASAN JANTUNG MALAYSIA (YJM) DAN INSTITUT JANTUNG NEGARA FOUNDATION (IJNF)

Bagi memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengorak langkah memerangi penyakit jantung dan kolesterol tinggi demi mencapai negara yang sihat jantung, NESTLÉ OMEGA PLUS komited untuk menyumbangkan RM100,000 kepada rakan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi membantu pesakit jantung yang memerlukan apabila jarak terkumpul satu juta batu dicapai dalam acara Walk A Million Miles 2022.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada NESTLÉ OMEGA PLUS dan orang ramai atas sokongan padu mereka kepada YJM saban tahun melalui inisiatif berjalan kaki yang sungguh bermakna ini. 

Sumbangan selama ini telah menyokong inisiatif komuniti rumah perantaraan (halfway house) kami yang menawarkan penginapan mampu milik kepada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai pesakit jantung untuk menjalani rawatan di hospital berdekatan,” kata Dato’ Dr. Aljafri Abdul Majid, Pengerusi YJM.



Toh Puan Dr Aishah Ong, Pengerusi IJNF pula berkata, “Kami bersyukur kerana kerjasama ini menyokong usaha kami untuk menampung kos rawatan perubatan dan pembedahan pesakit jantung bagi yang kurang berkemampuan. 

Kami berusaha menyelamatkan nyawa pesakit jantung yang kurang berkemampuan ini seramai yang mungkin dan sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pihak korporat untuk menyokong misi kami seperti yang dilakukan oleh NESTLÉ OMEGA PLUS.”



NESTLÉ OMEGA PLUS DARK CHOC BAHARU

Berdasarkan statistik di Malaysia, penyakit jantung meningkat dengan usia, khususnya bagi mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Rentak kehidupan yang pantas, gaya hidup tidak aktif, dan diet yang tidak sihat merupakan antara faktor penyumbang kepada paras kolesterol tinggi. 

Namun, faktor risiko seperti kolesterol tinggi boleh dikurangkan dengan diet yang sihat dan seimbang serta gaya hidup aktif. Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari serta digandingkan dengan diet yang seimbang dapat merendahkan kolesterol.

2022 Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles

2022 Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles

2022 Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles


Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) berkata, “Bagi menyokong perjalanan rakyat ke arah jantung lebih sihat, rangkaian produk NESTLÉ OMEGA PLUS telah dihasilkan dengan mengambil kira keperluan pengguna Malaysia. 1.2g sterol tumbuhan ACTICOL dalam dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS sehari terbukti berkesan merendahkan paras kolesterol.” 

“Bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perjalanan ini, kami baru-baru ini telah melancarkan NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc dalam format serbuk yang diperbuat daripada kebaikan susu dan koko yang lazat. 

Kami ingin mengujakan rakyat Malaysia dengan pilihan serta rasa yang hebat agar mereka dapat menikmati kelazatan dalam menguruskan paras kolesterol. Jadi, jangan lupa mendaftar untuk acara Walk A Million Miles dan berjalan sambil menikmati segelas NESTLÉ OMEGA PLUS Dark Choc pada bulan September ini. Percayalah, penjagaan kesihatan jantung tidak pernah selazat ini!” tambahnya.


JOM SERTAI WALK A MILLION MILES 2022

Lebih menarik lagi, tahun ini rakyat Malaysia dapat menyertai acara Walk A Million Miles 2022 secara percuma tidak kira di mana jua mereka berada dan mereka hanya perlu mendaftar melalui aplikasi BookDoc sahaja.

Bagi menikmati pelbagai tawaran, hadiah mingguan dan cabutan bertuah yang menarik, peserta juga boleh mengambil bahagian secara berbayar dengan yuran serendah RM25. 

2022 Nestlé Omega Plus Walk A Million Miles


Setelah mencapai sekurang-kurangnya 150,000 langkah, peserta akan menerima kemeja-T Penamat Walk a Million Miles eksklusif serta produk dan baucar NESTLÉ OMEGA PLUS bernilai sehingga RM60.

Untuk maklumat lanjut tentang Walk A Million Miles 2022 dan NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.nestle.com.my atau laman Facebook https://www.facebook.com/NestleOmegaPlus.

MENGENAI NESTLÉ OMEGA PLUS  

NESTLÉ OMEGA PLUS satu-satunya susu yang mengandungi ActiCol®, 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti berkesan untuk merendahkan kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam saluran darah. Susu kurang lemak ini juga tinggi dalam kalsium bagi menguatkan tulang dan mengandungi asid lemak Omega 3 & 6 yang penting. 

Dua hidangan setiap hari yang dipadankan dengan gaya hidup sihat terbukti secara saintifik dapat merendahkan tahap kolesterol3. Ia terdapat dalam format pek serbuk 150g, 600g dan 1kg, serta kluster enam pek UHT sedia diminum 200ml. 

Kini juga terdapat dalam format paket (10 dalam satu pek), NESTLÉ OMEGA PLUS Milk with Oats dengan kebaikan 2 ramuan ActiCol® untuk menghalang penyerapan kolesterol dan Beta Glukan untuk bergabung dan menyingkirkan kolesterol daripada tubuh. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sosial www.facebook.com/NestléOmegaPlus.  

MENGENAI NESTLÉ MALAYSIA

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 negara di seluruh dunia dan semua pekerja kami seramai 328,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk meningkatkan kualiti hidup dan mencapai masa depan yang lebih sihat. 

Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé telah dipercayai oleh pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk-produk kami yang berkualiti. 

Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !